Published by Malay Mail, image from The Star.
The nation’s mathematics curriculum at the secondary school should be restructured by incorporating the application of mathematical modelling, as this is crucial to support Malaysia’s initiative on Smart City, Fourth Industrial Revolution (4IR), Financial Technology (FinTech) and Big Data Analytics (BDA).
Moreover, in the case of Smart City, experts say mathematical modelling is required at the parametric level to control economic, environmental and budgetary effects.
Meanwhile, the application of advanced technology in FinTech would make it possible for the implementation of programmes that compute mathematical models for understanding and forecasting financial data in order to provide a better insight on future decision-making.
Thus, the government should therefore introduce more programmes or trainings for Malaysians to develop the skills needed in mathematics such as data, programming, methodologies, quantitative reasoning and analytical thinking.
The application of mathematics among Malaysians should be highlighted as we move towards a fully developed country.
Mathematics is defined as the science of numbers, forms, amount and their relationships. Stefan Banach, one of the world’s most important and influential 20th-century mathematicians, stated that mathematics is the most beautiful and mostpowerful creation of the human spirit. It is also part of our daily life as the application of mathematics can be closely linked to science, technology and engineering.
But do you realise that mathematics is not just numbers?
Mathematics works at two levels: a language and a tool which show that the core value in mathematics is not only defined by number. In reality, it is more likely to solve the real-world problems in particular, such as computing the orbits of the planets in the solar system or perhaps decreasing the poverty rate.
Khadijah Aqilah Sallehuddin, one of the alumni in Universiti Teknologi Malaysia and now working as an engineer in a Japan manufacturing company, said: “When we talk about mathematics, it is not only about subtraction and division, but more to solving real-world problems.”
In short, the application of mathematics can be specified with the term of mathematical modelling which represents the art of defining problems into numerical analysis that provides insight, answers, recommendations and solutions to the practitioners.
While some people do not notice the secret of mathematics, it is actually a boon because of its capability to generate a meaningful insight in the form of quantitative reasoning, apart from providing the qualitative solution.
In Malaysia, there is a research made on a proposed mathematical model of Influenza A, H1N1 for Malaysia which helps to understand the dynamics of an epidemic, to design treatment and develop the control strategies such as a vaccination programme or quarantine policy.
In 2015, the Malaysia Institute of Micro-Electronics System (Mimos) has launched the Big Data Analytics Digital Government Lab to support the implementation of BDA in the government.
Since it is a good initiative by Mimos to encourage the implementation of BDA in Malaysia, other authorities should be following it as well.
According to IBM, BDA is the utilisation of advanced analytic techniques against very big and various data sets including structure, semi-structured and also unstructured data, from different sources and different sizes from terabytes until zettabytes.
Some applications of BDA are useful to the government, the healthcare industry, education industry and business industry for example.
In the US, the government has been using BDA to analyse the large amounts of social disability claims made to the Social Security Administration in order to process medical information rapidly and efficiently and detect suspicious claims for decision-making.
As for Malaysia, the introduction of BDA should be introduced to graduates and students besides coaching and training programmes for the public sector agencies.
Most Malaysians should indeed be trained in this booming sector.
Besides training, the technical skills should be provided to people who are interested in BDA as the theories alone would not be enough to implement it.
Most graduates in Mathematics, Data Science and Statistics did not have enough exposure on the technical skills in BDA during their studies resulting in difficulties to find suitable jobs in Malaysia.
The number of unemployed Sciences, Mathematics and Computing graduates is quite substantial in Malaysia — 11.3 per cent in 2019 and the third highest among other courses.
Why is this so?
Some companies practising BDA would not only require someone with a good experience in BDA but also having the technical skills in machine learning such as Python and R programming, as it would be hard for them to achieve any role in BDA without any experiences or certificates, at least.
Now, the initiative seems to have been forgotten because of fewer training provided compared with previous years. The cost of the training is also high and if there is no clear indication on this, people would not be spending their money for the training.
As discussed above, mathematics is the foundation of the frontier technology development in Malaysia and our hope is that the government will emphasise the importance of mathematics for Malaysia.
More importantly, Malaysians should also contribute to the initiative in order for our country to be fully developed.
Farhan Kamarulzaman is Research Assistant at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.
Diterbitkan oleh EMIR Research.
Kurikulum matematik negara di peringkat sekolah menengah perlu disusun semula dengan menggabungkan konsep pemodelan matematik kerana hal ini penting untuk menyokong inisiatif Malaysia ke arah Bandar Pintar, Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), Teknologi Kewangan (FinTech) dan Analisis Data Besar (BDA).
Menerusi Bandar Pintar, sesetengah pakar berpendapat bahawa pemodelan matematik diperlukan pada paras parametrik untuk mengawal kesan ekonomi, alam sekitar dan belanjawan.
Sementara itu, penerapan teknologi canggih melalui FinTech dapat menyokong pelaksanaan program-program yang mengira model matematik untuk memberikan pemahaman dan meramalkan data kewangan dalam menentukan keputusan yang harus dibuat pada masa hadapan.
Oleh itu, kerajaan haruslah memperkenalkan pelbagai program atau latihan kepada rakyat Malaysia untuk membangunkan kemahiran yang diperlukan dalam matematik seperti data, pemrograman, metodologi, pemikiran kuantitatif dan pemikiran analitik.
Aplikasi matematik dalam kalangan rakyat Malaysia juga perlu diketengahkan ketika kita bergerak seiring ke arah negara maju.
Matematik ditakrifkan sebagai sains nombor, bentuk, jumlah dan hubungan antara mereka. Stefan Banach, salah seorang ahli matematik abad ke-20 yang paling penting dan berpengaruh di dunia menyatakan bahawa matematik adalah penciptaan semangat manusia yang paling indah dan paling berkuasa. Ia juga merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita kerana aplikasi matematik sebenarnya berkait rapat dengan sains, teknologi dan kejuruteraan.
Tetapi adakah anda sedar bahawa matematik bukan sekadar angka?
Matematik berfungsi pada dua tahap iaitu bahasa dan alat yang menunjukkan bahawa nilai teras dalam matematik bukan sahaja ditakrifkan oleh nombor. Hakikatnya, ia lebih cenderung kepada penyelesaian masalah dunia sebenar seperti mengira orbit planet-planet dalam sistem solar atau mungkin menurunkan kadar kemiskinan negara.
Khadijah Aqilah Sallehuddin, salah seorang alumni di Universiti Teknologi Malaysia dan kini berkhidmat sebagai seorang jurutera di sebuah Syarikat Pembuatan Jepun, berkata: “Apabila kita bercakap mengenai matematik, ia bukan sahaja mengenai tolak dan bahagi, tetapi ianya lebih kepada penyelesaian masalah dunia sebenar.”
Ringkasnya, aplikasi matematik juga boleh diistilahkan sebagai pemodelan matematik yang mewakili seni penentuan masalah dalam analisis berangka untuk memberikan pandangan, jawapan, cadangan dan penyelesaian kepada para pengamal matematik.
Walaupun sesetengah orang tidak sedar akan rahsia matematik, ia sebenarnya sangat bermanfaat kerana keupayaannya untuk menghasilkan ramalan yang bermakna dalam bentuk penyelesaian kuantitatif selain daripada penyelesaian kualitatif.
Di Malaysia, terdapat satu penyelidikan mengenai model matematik yang disarankan bagi wabak Influenza A, H1N1 yang memberikan pemahaman tentang dinamik wabak, merancang rawatan dan menetapkan strategi kawalan seperti program vaksinasi atau dasar kuarantin.
Pada 2015, Institut Sistem Mikro-Elektronik Malaysia (MIMOS) telah melancarkan Makmal Kerajaan Digital Analisis Data Besar bagi menyokong pelaksanaan Analisis Data Besar (BDA) dalam kerajaan.
Memandangkan ia merupakan satu inisiatif yang baik oleh MIMOS bagi menggalakkan pelaksanaan BDA di Malaysia, pihak berkuasa lain juga harus mengikuti jejak langkah tersebut.
Menurut syarikat IBM, BDA didefinasikan sebagai penggunaan teknik analitik lanjutan terhadap set data yang pelbagai dan sangat besar termasuk berstruktur, data separuh berstruktur dan tidak berstruktur, dari pelbagai sumber dan saiz yang berbeza bermula dari terabait sehingga zettabait.
Sesetengah aplikasi BDA juga berguna kepada kerajaan, industri penjagaan kesihatan, industri pendidikan dan industri perniagaan.
Di Amerika Syarikat (AS), kerajaan telah memanfaatkan BDA dalam menganalisis sejumlah besar tuntutan ketidakupayaan sosial yang dikemukakan kepada Pentadbiran Keselamatan Sosial untuk memproses maklumat perubatan dengan cepat dan cekap serta mengesan tuntutan yang mencurigakan bagi menentukan keputusan yang harus dibuat oleh pihak kerajaan.
Bagi Malaysia, selain program bimbingan dan latihan yang dibekalkan kepada agensi sektor awam, pengenalan BDA juga perlu diperluaskan kepada para graduan dan pelajar. Lebih ramai rakyat Malaysia juga seharusnya diberikan latihan dalam sektor yang berkembang pesat ini tanpa mengira peringkat.
Selain latihan, kemahiran teknikal juga harus diberikan kepada para penggemar BDA kerana teori-teori sahaja tidak mencukupi untuk melaksanakannya.
Juga, kebanyakan graduan dalam Matematik, Sains Data dan Statistik tidak diberi pendedahan yang cukup tentang kemahiran teknikal dalam BDA semasa pengajian mereka, lantas menyukarkan mereka untuk mencari pekerjaan yang sesuai di Malaysia.
Bilangan siswazah Sains, Matematik dan Pengkomputeran yang menganggur juga agak tinggi di Malaysia – 11.3% pada 2019 dan ketiga tertinggi berbanding kursus-kursus yang lain.
Mengapakah hal ini terjadi?
Sesetengah syarikat yang mempraktikkan BDA bukan sahaja memerlukan seseorang yang berpengalaman tetapi juga seseorang yang memiliki kemahiran teknikal dalam pembelajaran mesin seperti pemrograman Python dan R. Hal ini menyukarkan mereka untuk mengisi kekosongan dalam sektor BDA tanpa sebarang pengalaman atau sekurang-kurangya sijil.
Pada masa kini, inisiatif ini seolah-olah dilupakan kerana kurangnya latihan yang disediakan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kos latihan juga tinggi dan sekiranya betapa pentingnya inisiatif ini tidak dipamerkan dengan sejelas-jelasnya, orang ramai enggan membelanjakan wang untuk latihan tersebut.
Seperti perbincangan di atas, matematik adalah asas pembangunan teknologi sempadan di Malaysia dan harapan kami adalah penekanan kerajaan mengenai betapa pentingnya matematik di Malaysia.
Lebih penting lagi, rakyat Malaysia juga perlu turut menyumbang kepada inisiatif ini supaya negara kita dapat berkembang sepenuhnya.
Farhan Kamarulzaman merupakan Pembantu Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.