Help rakyat to ensure their financial security

A long-term solution to ease financial burden should be given priority.

897 0
897 0
English

Published by Focus Malaysia & Business Today, image from Focus Malaysia.

Burdened by the increasing financial commitments, many Malaysians are found to be deeply in debt to sustain their lives, to the point that some might spend their whole working lives paying off debts.

With the Covid-19 pandemic going on, this problem is projected to deteriorate further as financial burdens faced by the rakyat are getting tougher – with many being laid off or experiencing pay cuts.

Nevertheless, hats off to the government for coming out with initiatives like PRIHATIN Rakyat Economic Stimulus Package, to preserve the welfare of its citizens, support businesses and strengthen the economy.

However, such initiatives are only beneficial for short-term recovery, hence a long-term solution to ease financial burden should be given priority.

A recent survey conducted by the Malaysia Financial Planning Council indicates about 59% of respondents had debt more than or equal to their assets, while more than 50% saved less than 10% of their annual income, and 10% did not have monthly savings at all.

This is more likely because they may not have the opportunity to save as most of their disposable income are used to cover monthly expenses as well as being allocated for debt repayment.

It is also tragic to find that about half of the respondents did not have adequate or just enough money to satisfy their essential needs – due to the high cost of living.

According to a study by Unicef and the United Nations Populations Fund (UNFPA), households with heads who earned below RM2,000 per month, tend to spend more on eggs and instant noodles compared to the higher earnings group, and spent less on protein and rice.

Obviously, this scenario is due to the financial constraints faced by them as compared to the higher earning group. Owing to this, urgent and necessary actions need to be taken to ease their burden.

The government or private sector could invest in job creations with better pay to support the affected Malaysians who are fending for themselves instead of solely relying on cash assistance from the government which, as we know, is a short-term solution and unsustainable.

As for the rakyat, getting involved in e-commerce could be a means to increase their income, especially now, where consumers are starting to embrace online shopping. The government then could help those who are interested by providing financial aid to start up their online businesses.

The government should also introduce policies that make healthier food choices more attractive economically to help the needy especially the B40 group, to consume healthier foods.

For instance, food prices must be subsidised through a mechanism that leads to lower retail prices so that consumers can purchase them at affordable rates.

Apart from that, it is also vital for Malaysians to be able to manage their finances well so that they do not fall into the debt trap.

To have this done, a proper education on the habit of savings and spending should be provided – to maintain an appropriate liquidity ratio with sufficient financial buffer and sustainable cash flow in case of emergencies.

While spending is useful to revive our economy, over-spending needs to be avoided, as this is the starting point for getting into debt – that is also associated with indicators of poverty.

Nurafifah Mohammad Suhaimi is Research Assistant at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melay

Diterbitkan oleh Utusan Borneo (Sabah).

Dibelenggu dengan komitmen kewangan yang semakin meningkat, ramai rakyat Malaysia memilih untuk berhutang bagi menampung kehidupan mereka sementara menyasarkan status kewangan yang lebih sihat – sehingga ada yang mungkin menghabiskan seluruh kehidupan kerja mereka untuk membayar hutang.

Lebih-lebih lagi, dengan berlakunya pandemik Covid-19, masalah ini dijangka akan semakin merosot – dengan ramai yang telah diberhentikan kerja atau mengalami pemotongan gaji.

Namun, ramai yang mengagumi tindakan kerajaan Malaysia untuk tampil dengan pelbagai inisiatif seperti Pakej PRIHATIN bagi menjaga kesejahteraan rakyat, membantu sektor perniagaan serta memperkukuhkan ekonomi Malaysia di saat- saat getir seperti ini.

Walaupun begitu, inisiatif yang diberikan untuk membantu rakyat hanya bermanfaat untuk pemulihan jangka pendek, oleh itu isu yang lebih besar seperti beban kewangan yang tinggi harus diberi keutamaan.

Satu tinjauan baru-baru ini yang dilakukan oleh Majlis Perancangan Kewangan Malaysia menunjukkan kira-kira 59% responden mempunyai hutang lebih atau sama dengan aset mereka. Di samping itu, lebih daripada 50% individu menyimpan kurang daripada 10% daripada pendapatan tahunan mereka, sementara 10% tidak mempunyai simpanan bulanan sama sekali.

Situasi seperti ini mungkin berlaku kerana mereka tidak berpeluang untuk menyimpan setelah menerima gaji kerana rata-rata jumlah gaji telah digunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan serta diperuntukkan untuk pembayaran hutang.

Malah, hasil tinjauan tersebut juga mendapati bahawa kira-kira separuh daripada responden tidak mempunyai wang yang mencukupi atau cukup-cukup sahaja untuk memenuhi keperluan asas mereka – kesan dari kos sara hidup yang tinggi.

Selain itu, berdasarkan sebuah kajian oleh Unicef dan United Nations Population Fund (UNFPA), isi rumah dengan ketua isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan cenderung untuk berbelanja dengan lebih banyak untuk telur dan mi segera berbanding kumpulan pendapatan tinggi yang lain.

Jelas, senario ini berlaku kerana kekangan kewangan yang dihadapi oleh mereka berbanding yang lain. Oleh itu, tindakan segera perlu diambil bagi meringankan beban individu-individu tersebut.

Pertama, sektor kerajaan atau swasta boleh melabur dalam penciptaan pekerjaan dengan gaji yang lebih baik, bagi menyokong rakyat Malaysia yang terjejas untuk terus berdiri di atas kaki sendiri, bukannya dengan hanya terus bergantung pada bantuan tunai daripada pihak kerajaan yang seperti kita ketahui, adalah penyelesaian jangka pendek dan tidak berkekalan.

Sementara untuk rakyat, dengan pengguna hari ini telah mula terjebak dengan aktiviti membeli-belah dalam talian, sekarang adalah masa terbaik daripada sebelumnya untuk terlibat dalam e-dagang, bagi meningkatkan hasil pendapatan.

Kerajaan kemudian boleh membantu mereka yang berminat dengan memberikan bantuan pembiayaan yang dapat digunakan untuk memulakan perniagaan dalam talian mereka.

Seterusnya, sebagai cara untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya golongan B40 untuk makan makanan yang lebih sihat, kerajaan harus memperkenalkan dasar yang menjadikan pilihan makanan yang bernutrisi tinggi lebih menarik dari segi ekonomi.

Sebagai contoh, harga makanan harus di subsidi melalui mekanisma yang membawa kepada harga runcit yang lebih rendah, justeru, lebih ramai yang mampu untuk membelinya.

Seterusnya, sangat penting bagi rakyat Malaysia untuk menguruskan kewangan mereka dengan baik agar mereka tidak terjebak dalam hutang.

Untuk melakukan perkara ini, pendidikan yang betul mengenai tabiat menabung dan berbelanja harus disediakan – agar mereka tahu kaedah untuk mengekalkan nisbah kecairan yang sesuai, dengan penampan kewangan yang mencukupi serta aliran tunai yang berterusan sekiranya berlaku kecemasan.

Walaupun berbelanja amat penting untuk memulihkan ekonomi negara kita, perbelanjaan yang berlebihan harus dihindari, kerana ini adalah titik awal untuk terjebak ke dunia hutang – yang juga dikaitkan dengan indikator kemiskinan.

Nurafifah Mohammad Suhaimi merupakan Pembantu Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article