Ensure food security by managing prices

There is a need for a holistic approach that treats food security with food prices.

1088 0
1088 0
English

Published by The Sun Daily, image from The Sun Daily.

UNCERTAINTY over when our country will begin to fully normalise, albeit under the “new normal” with the complete lifting of the MCO, and the introduction of an exit strategy have given rise to worries about food security.

There is a need to adopt a holistic approach that treats food security not just on its own but is also linked with the issue of food prices and inflation.

For discussion here, we could assign food security to be the “supply-side” of the policy equation. Therefore, food prices and inflation would be the “demand-side”.

This can be illustrated with the maximum price scheme for the Raya season in relation to food and food-related items such as tomatoes, red chillies, large onions and dried chillies.

This came on the heels of reports that prices of essential and major food items such as chicken have gone up further. In Kuantan, the latest price of chicken is around RM10 per kilo, up from the MCO level of RM7.50. This represents five times the average increase of 50 sen.

In looking at the bigger picture, we can see that the problem is not just confined to the ramping up of demand during the festive season.

We can see that during the initial stages of MCO phase 1, goods that were classified as non-essential were stuck at ports. This has contributed to disruption in the domestic supply chain with a knock-on effect on distribution channels and adding to the havoc in the rest of the economy.

Now obviously while food and beverage are not classified as non-essential, nevertheless the build-up of non-essential goods at the ports can impede off-loading of incoming essential goods.

Moreover, the prices of certain food items has also risen significantly under MCO phase 1. Not only that, there are also reports of shortages of vegetables, especially from Cameron Highlands.

In Alor Star, the price for cabbage per kilo has gone up from RM4 to RM6.50. Whereas, 1kg of large chillies went up to RM12 compared to its initial price of RM8 per kilo.

Lorries transporting vegetables have reported roadblocks, shorter operating hours and lack of manpower to offload supplies.

On the other hand, the shutting down of restaurants and limitations on wet market operations have also played a part in disrupting the supply chain and reducing fresh food supplies.

Even though these were not food and beverage items but raw materials and semi-finished goods for manufacturing, still the delays and uncertainties add to the burden of the port authorities in terms of the risk of overcapacity, not to mention the backlog in the supply chain.

If the situation is not managed well, storage and demurrage costs will have to be passed on to consumers, as confirmed by the Alvin Chua, president of the Federation of Freight Forwarders Malaysia.

This will have the effect of stoking inflationary pressures at a time when unemployment levels are rising.

In turn, this will have the effect of exacerbating food insecurity.

In making their way to the market, we still need to make sure that food prices and inflation are also managed competently.

As such, in managing food security by managing food prices and inflation, the government is urged to increase its role in the following:

  1. Stockpiling – the government as the stockpiler/buyer-of-the-last-resort via its purchasing power. This not only enhances the income of farmers and agricultural producers during seasons of a supply glut, but also goes a long way to neutralise the bargaining advantage of middlemen who can apply undue pressure to extract “dirt-cheap” prices.
  2. Integrated food parks – where farming, production, and distribution are clustered together to save costs and shorten the supply chain, including short-circuiting the role of the middlemen. Increase the number of integrated food parks and strategically spread out their locations.
  3. Surveillance of price controls – the government to step up on the enforcement and monitoring and surveillance through employing of more front-liners (which is also a part of the jobs creation strategy).
  4. Cooperatives – the government through the Ministry of Entrepreneur Development and Cooperatives to augment the role of the cooperatives as part of the distribution channels in the supply chain. At the same time, through the practice of bulk purchasing, the distribution channels would be less reliant on the middlemen.
  5. Agri-for-food security task force – the government to set up an all-round task force to tackle the challenge of ensuring food security comprising agricultural experts, agropreneurs, economists, consultants, food scientists, etc. under the chairmanship of the prime minister and assisted by the minister of agriculture and food industries.

Currently, our overall self-sufficiency level is below 75%. Our Global Food Security Index – as a whole – had improved to 28 out of 113 countries in 2019 with a score of 73.8 which is considered “good” attainment level.

Broken down into the specific sub-categories, in terms of food affordability, we are ranked 28. But for both food accessibility and food security, we are at ranked 42. So, there is much room for improvement.

Thus, it cannot be emphasised enough, at the end of the day, food security is bound up with the dynamics of food prices and inflation as well.

Therefore, it is critical to ensure that the entire supply chain – and not just farming and production – is integral to the efforts to contain food prices and inflation.

We just need the political will to do a bit more, that’s all.

Jason Loh Seong Wei is Head of Social, Law and Human Rights at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh Malaysia Gazette & Berita Harian.

Ketidapastian mengenai bilakah negara kita boleh kembali beroperasi seperti sedia kala walaupun di bawah “norma baru” dengan berakhirnya PKP serta bilakah strategi keluar daripada PKP dapat dilaksanakan telah menimbulkan kebimbangan tentang sekuriti makanan negara. Terdapat keperluan untuk menerapkan pendekatan yang holistik dalam menangani sekuriti makanan negara dengan mengambil kira isu harga makanan itu sendiri, termasuk inflasi.

Satu pendekatan menyeluruh diperlukan di mana isu sekuriti makanan bukan saja dilihat dengan sendirinya malahan juga dikaikan dengan isu harga makanan dan inflasi. Dalam hal ini, kita boleh melihat sekuriti makanan sebagai bahagian pembekalan dari satu persamaan dasar.

Lantaran itu, harga makanan dan inflasi pula adalah bahagian permintaan. Ini boleh dicernakan dengan Skim Harga Maksimum untuk musim Raya tahun ini berhubung dengan makanan dan barangan berkaitan makanan seperti tomato, cili merah, bawang besar dan cili kering.

Ini menyusuli laporan harga barangan makanan penting dan utama seperti ayam telah meningkat. Di Kuantan, harga ayam kini sekitar RM10 sekilogram berbanding sekitar RM7.50 sekilogram semasa awal PKP – peningkatan melebihi 30 peratus.

Di dalam skala yang lebih besar, kita dapat lihat masalah ini tidak hanya berlaku semasa musim perayaan. Semasa peringkat awal PKP fasa pertama, barang yang  disenaraikan sebagai tidak penting terkandas di pelabuhan. Ini telah mengakibatkan gangguan dalam rantaian bekalan domestik kerana ia memberi kesan langsung terhadap saluran pengedaran dan ia juga menimbulkan masalah dalam sektor ekonomi yang lain. Jelas walaupun makanan dan minuman disenaraikan sebagai barangan penting, namun disebabkan timbunan barangan tidak penting yang terkandas di pelabuhan, ia menghalang barangan penting untuk memasuki pelabuhan.

Ditambah pula, terdapat laporan mengenai kekurangan sayur-sayuran, terutamanya daripada Cameron Highlands. Malah, harga beberapa makanan meningkat dengan ketara semasa PKP fasa pertama. Di Alor Setar, harga kubis meningkat daripada RM4 kepada RM6.50 sekilogram. Manakala harga cili besar meningkat daripada RM8 kepada RM12 sekilogram. Lori dan trak yang membawa sayur-sayuran ini dikatakan berhadapan dengan sekatan jalan raya, waktu operasi yang lebih pendek dan kekurangan tenaga kerja untuk menghantar bekalan.

Pada masa yang sama, penutupan restoran dan operasi terhad untuk pasar basah juga mengganggu rantaian bekalan dan mengurangkan bekalan makanan segar. Walaupun bahan mentah dan barangan separuh-siap untuk kilang pembuatan tidak termasuk dalam barangan penting, namun ia menjadi masalah kepada pihak berkuasa pelabuhan kerana kapasiti tidak mencukupi, dan akan menyebabkan kelewatan dan tunggakan dalam rantaian bekalan.

Jika situasi ini tidak diuruskan dengan baiknya, kos penyimpanan barangan akan ditanggung oleh pengguna akhir, seperti yang disahkan oleh Mr Alvin Chua, Presiden Persekutuan Penghantar Fret Malaysia (FMFF).

Ini akan memberi kesan dalam bentuk tekanan inflasi dalam suasana kadar pengangguran meningkat, sekali gus memberi kesan buruk terhadap sekuriti makanan negara.

Dalam memastikan bekalan makanan sampai ke pasar (pengguna akhir), kita harus memastikan harga makanan dan inflasi juga dapat dikendalikan dengan cekap. Justeru, dalam merancang sekuriti makanan negara dengan mengurus harga makanan dan inflasi, pihak kerajaan boleh meningkatkan peranan mereka dengan memberi fokus terhadap perkara-perkara berikut:

  1. Simpanan stok – kerajaan harus menyediakan pusat simpanan stok atau menjadi pembeli akhir. Inisiatif ini bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan para petani dan pengeluar hasil pertanian, namun juga dapat menghapuskan “orang tengah” dalam mengurangkan kos kepada pengguna akhir.
  2. Hab makanan bersepadu – pusat untuk para petani, pengeluar dan pengedar makanan dikumpulkan di dalam satu tempat untuk menjimatkan kos dan memendekkan rantaian bekalan, termasuk mengurangkan campur tangan “orang tengah”. Hab ini boleh ditempatkan di beberapa lokasi secara strategik.
  3. Pengawasan harga yang lebih kerap – pihak kerajaan harus mempertingkat penguatkuasaan dan pemantauan harga dengan merekrut lebih ramai “barisan hadapan” (mencipta peluang pekerjaan).
  4. Koperasi – pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) harus meningkatkan peranan koperasi sebagai sebahagian daripada saluran pengedaran atau penghantaran di dalam rantaian bekalan. Pada masa yang sama, melalui pembelian secara pukal, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan terhadap “orang tengah”.
  5. Pasukan khas untuk Agri-Sekuriti Makanan – pihak kerajaan boleh menubuhkan pasukan khas untuk menangani cabaran sekuriti makanan negara yang terdiri daripada pakar sektor pertanian, peladang, ahli ekonomi, pakar runding, saintis makanan dan pemegang taruh yang lain di bawah pimpinan Perdana Menteri dan dibantu oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Buat masa kini, tahap sara diri (self-sufficiency level, SSL) negara di bawah 75 peratus. Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) negara secara keseluruhannya meningkat di kedudukan ke 28 daripada 113 negara pada tahun 2019 dengan skor 73.8, yang dianggap “pencapaian baik”. Jika dilihat dalam pecahan sub-kategori, dari segi kemampuan makanan, kita juga berada di tangga ke 28. Namun, untuk keselamatan makanan dan kualiti makanan, kita berada di kedudukan ke 42. Jadi, terdapat ruang yang boleh ditambah baik.

Oleh itu, hal ini perlu diberi penekanan, kerana pada akhirnya, sekuriti makanan akan bersangkut paut dengan dinamik harga makanan dan inflasi. Maka dapat disimpulkan sekuriti makanan turut terkesan dengan dinamik harga makanan serta inflasi juga.

Lantas, sangat kritikal dalam memastikan keseluruhan rantaian bekalan dan bukan sahaja pertanian dan pengeluaran adalah sama penting untuk diambil kira bersama dengan harga makanan serta inflasi. Dalam hal ini, apa yang penting ialah iltizam politik untuk lebih berusaha ke arah jaminan sekuriti makanan negara.

Jason Loh dan Amir Jalal merupakan Pasukan Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article