Published by Free Malaysia Today & Malay Mail, image from Free Malaysia Today.
Controversy has broken out over a building in Jelutong, Penang, whose lights seem to form a large cross — inciting once again a debate about religious harmony.
This issue is not one connected to theology or truth, such as is discussed at length by scholars like al-Imam al-Ghazali or St Thomas Aquinas. In fact, this controversy is about perceptions and misunderstanding.
When some Muslims express discomfort about this huge cross on the side of a building, it does not mean that they are spiritually weak or lack confidence in their faith. It certainly does not mean that they are afraid of the cross.
This phenomenon happens because of prejudice, combined with internal and external factors — a negative narrative towards other religions (social) and a tendency to wear the hat of exclusivity (psychology).
The more accurate term for this phenomenon of prejudice is xenophobia. This is a complex emotional phenomenon based on a suspicion towards “the other”.
What is the right approach in facing xenophobia? And what is the best way to face the issue of “crossphobia” in a fair and just way?
Islam and rejection of xenophobia
Contemporary scholar Muhammad Imarah, through his book al-Islam wa al-Amn al-Ijtima’i (Islam and Social Peace), explains that one of the most important social maqasid (objectives) in Islam is the preservation of peace. And among the elements of peace is the upholding of the rights of each citizen, regardless of race, skin colour, gender and religion.
We should understand the diversity that exists and accept the reality that this country is not only inhabited by Muslims, but also by our friends from different religions. We need a big heart to go beyond superficial tolerance, and accept as well as celebrate diversity.
Allah has made the element of understanding a condition for spreading peace in society. In the Quran, surah al-Hujurat verse 10, encourages al-ta’aruf (knowing one another) and looks directly at closing the doors that lead to xenophobia.
The prophet also worked to erase this tendency in early Muslim communities by writing the Madinah Charter, touted as the world’s first constitution. The Madinah Charter recognised and upheld the rights and responsibilities of Jewish and Christian communities, and created a sense of togetherness that characterised the entirety of the community as the Madinah ummah.
The cross is also not entirely alien in the Islamic legal framework. Scholars and students of Islamic jurisprudence are eminently familiar with the discourse on the cross in Islamic criminal law. As has been mentioned in surah al-Ma’idah, verse 33, in the case of armed robbery, the criminal is liable to be punished by crucifixion.
It is true that the cross has been regarded as the sacred symbol of Christianity by convention. However, it should not be thought of as something alien or unusual for Muslims, as it has been discussed extensively by Muslim scholars in the Islamic tradition.
Lessons from the West
Today, Muslims living in the United States and the European countries are having a hard time practising their religion. They are discriminated in various spheres, ranging from their attire, rituals and even in discussing ideas concerning Islam, as have been reported in several universities.
The Council on American-Islamic Relations (CAIR) has reported an escalation of 65% in Islamophobia cases between 2014 and 2016 in the United States.
In the United Kingdom, it is reported that anti-Muslim attacks increased up to 26% in 2017.
Be it in schools, offices or neighbourhoods, a part of European and American society has expressed its scepticism and hatred towards any Islamic ideals upheld in public by Muslims.
A prejudicial approach is never a healthy element for a civilised nation. It tears apart the social fabric, destroys solidarity and threatens social stability.
The xenophobic tendency portrayed by some Europeans and Americans towards Islam should not be mimicked by the Muslim community in Malaysia.
If we wish our Muslim brothers and sisters in the West to live in peace, we need to practise the same by eliminating the elements of distaste towards other religious communities. In this case, we may show that a Muslim-majority country is able to practise a more inclusive approach than the West.
Understanding the criticism
The xenophobic tendency towards other religions is a social phenomenon which must be corrected through education and religious institutions, in accordance with Islam’s call for providing a peaceful society.
But in this case, several individuals have come forward to criticise the developers, using xenophobic arguments, including Kepala Batas MP Reezal Merican Naina Merican and PAS information chief Nasrudin Hassan.
Even though the criticism comes from the opposition, we cannot dismiss criticisms on the basis that “this issue should not be politicised”.
It has always been the role of the government and the authorities to respond to any issues that arise, and they should do so objectively, without relying on excuses. We should thus engage with the issues and accusations head-on.
Displaying the cross itself is not a form of Christianisation, as has been claimed by critics.
Christianisation involves the process of conversion by non-Christians to Christianity. So far, there have been no reports of anyone converting to Christianity at the sight of the cross.
Thus, the misuse of the term Christianisation has, in one way or another, contributed to the creation of a negative perception between different religious adherents.
For peace
Understanding the social reality that not every individual thinks the same way, the sensitivities of religious elements should also be considered by the developer.
In each community, there is sure to be some who are still xenophobic. They should not be punished. The road to neutralisation is through dialogue and rationalising education, whether formal or not.
As for the federal, state and local governments, the freedom that should be given must be balanced with the right responsibilities.
The suggested approach is to initiate dialogue to get an explanation from the developers, as well as to propose the best ways to take into consideration all the relevant sensitivities. Perhaps this approach is better than one based on compulsion and punishment.
At the same time, in the long term, the education ministry should also draw up a curriculum that better reflects the diversity that exists in Malaysia.
The subject of comparative religion should be expanded to cultivate respect and appreciation towards other cultures.
This will create a compassionate society that celebrates diversity and also appreciates the boundaries of religious sensitivities.
Education to counter xenophobia and education to develop religious and cultural sensitivities must be pursued in tandem.
If we do so successfully, Malaysia can grow to become an exemplary nation for multicultural societies around the world.
Hilman Fikri Azman is Research Assistant at EMIR Research, an independent think-tank focused on strategic policy recommendations based upon rigorous research.
Diterbitkan oleh The Malaysian Insight.
POLEMIK sosial telah tercetus lantaran sebuah bangunan belum siap di Jelutong, Pulau Pinang yang mempamerkan koordinasi lampu yang menyerupai simbol salib. Ia telah meniup semula api yang membakar fabrik keharmonian antara agama.
Isu ini bukanlah sesuatu yang bersangkut dengan usul teologi atau soal kebenaran, sebagaimana yang dibincangkan secara panjang-lebar oleh sarjana seperti al-Imam al-Ghazali dan St. Thomas Aquinas. Sebaliknya polemik ini merupakan isu persepsi dan salah faham.
Apabila segelintir Muslim menzahirkan kegusaran terhadap penampakan lambang salib yang menghiasi dada bangunan itu, ia bukanlah bermakna mereka lemah iman atau tidak berkeyakinan dengan akidah mereka, jauh sekali kerana takutkan lambang salib.
Fenomena tersebut berlaku kerana prejudis, natijah daripada gabungan faktor luaran dan dalaman i.e pewacanaan naratif yang negatif terhadap agama-agama lain (sosial), serta kecenderungan memakai topi eksklusivisme dalam ruang sosial (psikologi).
Maka istilah yang lebih tepat untuk menjelaskan fenomena prejudis sedemikian adalah xenofobia. Ia merupakan fenomena emosional yang kompleks berteraskan syak wasangka terhadap “yang lain.”
Bagaimanakah pendirian yang sewajarnya dalam mendepani xenofobia? Dan apakah jalan terbaik untuk mendepani isu salibfobia ini secara adil dan saksama?
Islam dan penolakan xenofobia
Sarjana kontemporari, Muhammad ‘Imarah menerusi kitabnya berjudul al-Islām wa al-Amn al-Ijtimā‘ī (Islam dan Keamanan Sosial) telah menjelaskan kepada kita bahawa antara maqasid (objektif) sosial terbesar dalam Islam adalah pemeliharaan keamanan. Dan antara elemen keamanan adalah pemeliharaan hak setiap warganegara tanpa mengira bangsa, warna kulit, jantina dan agama.
Kita seharusnya memahami kepelbagaian yang wujud dan menerima hakikat bahawa negara ini bukan sahaja dihuni oleh kaum Muslimin, tetapi juga oleh sahabat-sahabat kita dengan kepercayaan lain. Ia memerlukan jiwa yang besar untuk menerima dan meraikan kepelbagaian, yang darjatnya lebih tinggi daripada toleransi luaran.
Allah telah menjadikan elemen persefahaman sebagai syarat untuk menyuburkan keamanan dalam masyarakat. Seruan Qur’ani dalam surah al-Hujurat ayat 10 yang menganjurkan pendekatan al-ta‘āruf (saling kenal-mengenal) adalah bertujuan terus untuk menutup pintu-pintu yang menjurus kepada xenofobia.
Selain itu, Nabi Muhammad juga telah berusaha memadamkan kecenderungan itu dalam masyarakat Islam yang baru bertunas tatkala itu dengan memeterai Sahifah Madinah. Sahifah yang dijoloki sebagai perlembagaan pertama di dunia itu mengiktiraf hak dan tanggungjawab komuniti seperti Yahudi dan Kristian, di samping mewujudkan rasa kebersamaan dengan menyifatkan keseluruhan komuniti itu sebagai satu umat Madinah.
Salib juga bukanlah sesuatu yang asing sepenuhnya dalam Shari‘ah. Bagi para sarjana dan pelajar fiqh, mereka pastinya mengetahui bahawa salib dibahaskan dalam bab jenayah. Sebagaimana yang dinukil daripada surah al-Ma’idah ayat 33, ia menyatakan bahawa pelaku jenayah al-ḥirābah (rompakan bersenjata) mesti dihukum dengan hukuman yang setimpal, dan antaranya disalib.
Benar, salib dianggap sebagai simbol akidah agama Kristian secara konvensyen. Namun ia tidak wajar dianggap sebagai perkara yang asing dan aneh kerana ia sememangnya dibahaskan oleh para ulama dalam tradisi Islam.
Jadikan Barat sebagai pengajaran
Pada hari ini, kaum Muslimin di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah mengalami kesulitan dalam mengamalkan cara hidup Islam. Mereka dikekang daripada pengamalan agama sama ada dari sudut pemakaian, ibadah, mahupun dari sudut idea-idea keislaman, sebagaimana yang berlaku di sebahagian universiti.
Council on American-Islamic Relations (CAIR) telah melaporkan peningkatan 65% dalam kes Islamofobia antara 2014 ke 2016 di AS. Sementara United Kingdom menyaksikan peningkatan sebanyak 26% serangan anti-Muslim pada tahun 2017.
Di segenap tempat, sama ada di sekolah, di pejabat, hatta di kawasan kejiranan, sebahagian segmen masyarakat Eropah di sana menzahirkan sikap skeptik dan kebencian terhadap terhadap apa jua citra keislaman yang dipamerkan oleh masyarakat Muslim.
Namun, pendekatan prejudis bukanlah suatu elemen yang bagus untuk sebuah masyarakat yang bertamadun. Ia mencarik fabrik sosial, meretakkan solidariti dan mengancam keamanan sosial.
Oleh yang demikian, sikap xenofobia yang ditonjolkan oleh masyarakat Eropah dan AS terhadap simbol-simbol keagamaan Islam adalah amat penting untuk dijauhi oleh kaum Muslimin di sini selaras dengan prinsip kepelbagaian.
Jika kita menginginkan saudara seakidah kita aman di sana, kita juga wajar untuk menyahkan segala elemen kebencian yang sama terhadap masyarakat beragama lain di sini. Dalam hal ini kita boleh tonjolkan bahawa negara majoriti Muslim mampu mengamalkan pendekatan yang lebih inklusif berbanding mereka.
Menyikapi Kritikan
Sikap xenofobia terhadap agama lain adalah fenomena sosial yang mesti diluruskan menerusi didikan dan institusi agama, selaras dengan tuntutan keamanan dalam Islam.
Namun dalam hal ini, beberapa individu telah tampil dengan kritikan yang mempertahankan sentimen xenofobia ini. Antara mereka adalah Ahli Parlimen Kepala Batas Reezal Merican dan juga Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan.
Meskipun kritikan itu dari pembangkang, namun adalah tidak wajar sekiranya kritikan seperti ini ditolak begitu sahaja atas alasan ‘isu ini tidak seharusnya dipolitikkan’.
Sudah menjadi tugas kerajaan dan pihak berkuasa untuk merespons terhadap apa jua isu yang dibangkitkan, maka kritikan tersebut wajar disikapi secara objektif tanpa menggunakan alasan sedemikian.
Adapun pemaparan salib tersebut, meskipun jika disengajakan, bukanlah suatu bentuk kristianisasi sebagaimana yang didakwa. Kristianisasi melibatkan proses pemelukan agama Kristian oleh penganut agama lain, dan dalam hal ini pula isunya lebih kepada prasangka hasil daripada xenofobia, dan tiada siapa yang dilaporkan menukar agamanya sejurus melihat simbol tersebut.
Penyalahgunaan istilah Kristianisasi itu serba-serbi menyumbang kepada pewujudan persepsi negatif antara agama di samping melanggar makna konsep itu sendiri.
Demi keamanan
Memahami juga hakikat sosial bahawa tidak semua individu berada pada aras pemikiran yang sama, maka elemen sensitiviti penganut-penganut agama juga wajar dipertimbangkan oleh pihak pemaju.
Dalam setiap kelompok masyarakat pasti wujud sebahagian yang masih diselubungi oleh xenofobia. Mereka tidak wajar dihukum. Jalan peneutralan sikap ini adalah melalui dialog dan didikan yang merasionalkan, baik secara formal mahupun tidak.
Di pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, kebebasan yang diberikan mesti diseimbangkan dengan tanggungjawab yang sewajarnya. Isu sebegini mesti ditangani sepantas mungkin agar ketenteraman awam terjaga.
Mereka disarankan agar menginisiatifkan dialog untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak pemaju di samping mencadangkan langkah terbaik dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat. Mungkin pendekatan sebegini lebih baik berbanding dengan pendekatan yang berasaskan elemen paksaan atau hukuman.
Pada masa yang sama, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan juga wajar untuk menggubal silibus yang lebih mencerminkan kepelbagaian yang wujud di Malaysia. Amat wajar untuk subjek perbandingan agama diperluaskan ke peringkat sekolah, terutama buat memupuk rasa hormat dan penghargaan terhadap kewujudan budaya lain.
Dengan itu, di samping mendidik masyarakat untuk berjiwa besar dan merai kepelbagaian, batas-batas sensitiviti dalam agama lain dapat difahami dengan lebih mendalam.
Didikan menolak xenofobia dan didikan untuk sensitif terhadap agama dan budaya mesti maju seiringan. Idea-idea keharmonian sebegini mampu untuk mencorak imej Malaysia sebagai sebuah negara teladan untuk masyarakat berbilang bangsa pada masa akan datang. – 18 Januari, 2019.
Hilman Fikri Azman merupakan Pegawai Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.