Published by Business Today, Malay Mail, New Straits Times & The Sun Daily, image from Business Today.
Following the unexpected rise of Covid-19 cases that recently hit Malaysia, it is crucial to bear in mind that Malaysians should remain vigilant and should not take the contact tracing lightly, as it is the vital way to curb the spread of Covid-19.
This is because contact tracing, which is defined as the process of identifying people who may have come into contact with someone who is infected with Covid-19 and subsequently collecting further information about these contacts, is essential for our country, particularly during this new wave of infection.
They are also likely to be at greater risk of infection, and of potentially infecting others further.
Besides, contact tracing can determine the high-risk places for individuals to take action such as disinfection and remind people to avoid the areas. It is now more useful as most rakyats have used the MySejahtera mobile application well.
Contact tracing has now been made simple compared to the start of the pandemic because 17 million Malaysians are now using the MySejahtera mobile app, as reported by Malaysian Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin during his recent announcement on Oct 6.
With more than 60 percent of rakyat now using the MySejahtera mobile app, it will significantly help the Ministry of Health (MOH) to perform contact tracing activities. But to further ensure this, it is best for individuals who have not yet registered the application to register and use it wisely in their daily lives.
Although it seems to be like a piece of good news, it does not mean that contact tracing is the only priority now. People should follow the standard operating procedures (SOPs) and avoid the 3Cs as stated by the MOH, which are crowded place, confined space and close conversation, to curb the Covid-19 spread.
Apart from the citizens’ responsibilities, it is also the responsibility of the person-in-charge of taking people’s information and checking their temperature to carefully ensure that individuals obey the SOPs properly by complete monitoring.
This involves people’s compliance with QR code scanning or manually writing their information, maintaining physical distancing and wearing a face mask while entering the premises.
Based on Crystal Watson, a senior scholar with the Johns Hopkins Center for Health Security, contact tracing is the best method for handling Covid-19 in an ongoing way and allowing the economy to open up again.
Since Malaysia is in the phase of Recovery Movement Control Order, contact tracing is essential to effectively balance both public health and economic aspects until the vaccine is found.
Previously, contact tracing was fully utilised by the government by MySejahtera app and manual contact tracing to identify the close contacts of the infected individuals for the clusters such as the Sivagangga cluster. Also, the MOH has managed to control the Covid-19 spread for most clusters.
Although our country has recently recorded 691 number of Covid-19 cases, which is the highest recorded, the government will undoubtedly be able to contain the spread of the new clusters like how they have successfully done it in the previous clusters through the use of contact tracing activities.
However, people should be extra careful now by following the SOPs because we are currently experiencing the third wave of Covid-19 infection, as reported by Health Director-General Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Plus, another crucial thing is people should never neglect the process of providing personal information so that it does not interfere with all the MOH activities to detect individuals involved with the infection.
Additionally, the MOH is using these categories of close contacts to determine the risks of the groups;
- A. refers to individuals infected with Covid-19;
- B. refers to individuals who have close contact with individuals from Category A and require to do the swab test;
- C. refers to individuals who have close contact with individuals from Category B and need to stay at home (home self-surveillance);
- D. refers to individuals who have close contact with individuals from Category C, can go out for work or other business; and
- E. refers to individuals who are not related to any categories.
It implies that the categories C and D should wait for the test results of B, so if B is tested positive, C will become B, and D will become C. And if B is tested negative, B has to do the 14 days of home self-surveillance, while C and D are free to resume their activities as usual.
According to MOH, the close contact means;
- Family members (sleeping/eating together) of the same household or the same small group;
- Face to face for more than 15 minutes in an enclosed space at a distance of less than 1 metre;
- Not face to face but staying together in an air-conditioned closed room for more than 2 hours; and
- Riding the same vehicle between two seats over two hours.
People’s awareness of this crucial information will undoubtedly ease the process of contact tracing by the MOH as some individuals are still not aware of this.
But this kind of information does not mean keeping people in a state of panic; it is just to show how public awareness of contact tracing is vital to curbing the spread of Covid-19.
Indeed, people need to know at this juncture we are far from winning the war against Covid-19. So, stay safe, follow the SOPs and let’s work together against this pandemic for our country’s public health safety.
Farhan Kamarulzaman is Research Assistant at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.
Diterbitkan oleh EMIR Research.
Berikutan peningkatan kes Covid-19 yang tidak dijangka melanda Malaysia baru-baru ini, sangat penting untuk diingatkan bahawa rakyat Malaysia harus sentiasa waspada dan tidak boleh memandang ringan terhadap pengesanan kontak kerana ia adalah langkah penting untuk membendung penularan Covid-19.
Ini kerana pengesanan kontak iaitu proses mengenal pasti individu yang mungkin merupakan kontak rapat dengan seseorang yang dijangkiti Covid-19 dan kemudian mengumpulkan maklumat lebih lanjut mengenai kontak tersebut adalah sangat penting bagi negara kita terutamanya semasa gelombang baru jangkitan Covid-19 ini.
Mereka juga cenderung berisiko besar terkena jangkitan dan turut berpotensi menjangkiti orang lain.
Selain itu, pengesanan kontak dapat menentukan tempat berisiko tinggi bagi tindakan susulan seperti pembasmian kuman dan juga bertujuan mengingatkan orang ramai untuk mengelakkan berada di kawasan tersebut. Ia lebih berguna sekarang kerana kebanyakan rakyat telah menggunakan aplikasi mudah alih MySejahtera dengan baik.
Pengesanan kontak kini lebih mudah berbanding dengan semasa permulaan wabak kerana terdapat 17 juta rakyat Malaysia menggunakan aplikasi mudah alih MySejahtera pada masa ini, seperti yang dilaporkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa pengumumannya baru-baru ini pada 6 Oktober.
Dengan lebih daripada 60 peratus rakyat menggunakan aplikasi mudah alih MySejahtera, ia akan banyak membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melakukan aktiviti pengesanan kontak. Tetapi untuk lebih kepastian, ianya lebih baik jika individu yang belum mendaftar aplikasi tersebut untuk mula mendaftar dan menggunakannya dengan bijak dalam kehidupan seharian mereka.
Walaupun ianya tampak seperti berita gembira, itu tidak bermakna bahawa pengesanan kontak adalah satu-satunya keutamaan sekarang. Rakyat haruslah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menghindari 3C seperti yang dinyatakan oleh KKM iaitu tempat yang sesak, ruang terkurung dan perbualan dekat untuk mengekang penyebaran Covid-19.
Selain daripada tanggungjawab rakyat, ini juga merupakan peranan orang yang bertanggungjawab dalam mengambil maklumat orang ramai dan memeriksa suhu badan mereka untuk memastikan bahawa setiap individu mematuhi SOP dengan betul menerusi pemantauan lengkap.
Ia melibatkan kepatuhan orang ramai terhadap pengimbasan kod QR atau menulis maklumat mereka secara manual, menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa memasuki premis.
Berdasarkan Crystal Watson, seorang sarjana kanan di Johns Hopkins Center for Health Security, pengesanan kontak adalah kaedah terbaik untuk menangani Covid-19 secara berterusan dan membolehkan pembukaan semula ekonomi.
Oleh kerana hampir kesemua negeri berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan beberapa buah negeri lain dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat, pengesanan kontak adalah sangat penting untuk menyeimbangkan aspek kesihatan awam dan ekonomi dengan berkesan sehinggalah vaksin dijumpai.
Sebelum ini, pengesanan kontak digunakan sepenuhnya oleh kerajaan melalui aplikasi MySejahtera dan pengesanan kontak manual untuk mengenal pasti kontak rapat individu yang dijangkiti bagi kluster seperti kluster Sivagangga. Juga, KKM telah berhasil mengawal penyebaran Covid-19 untuk kebanyakan kluster.
Walaupun negara kita baru-baru ini mencatatkan tiga digit kes Covid-19, kerajaan pasti berkebolehan mengawal penularan kluster baru seperti bagaimana mereka berjaya melakukannya terhadap kluster sebelum ini melalui penggunaan aktiviti pengesanan kontak.
Namun, orang ramai harus lebih berhati-hati sekarang dengan mematuhi SOP kerana kita sedang mengalami gelombang ketiga jangkitan Covid-19, seperti yang dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Selain itu, satu lagi perkara penting adalah orang ramai tidak boleh mengabaikan proses pemberian maklumat peribadi mereka supaya ia tidak mengganggu segala aktiviti KKM untuk mengesan individu yang terlibat dengan jangkitan tersebut.
KKM menggunakan kategori kontak rapat ini untuk menentukan risiko kumpulan;
- A merujuk kepada individu yang dijangkiti Covid-19;
- B merujuk kepada individu yang mempunyai kontak rapat dengan individu dari Kategori A dan perlu melakukan ujian swab;
- C merujuk kepada individu yang mempunyai kontak rapat dengan individu dari Kategori B dan perlu tinggal di rumah (kuarantin kendiri di rumah);
- D merujuk kepada individu yang mempunyai kontak rapat dengan individu dari Kategori C dan boleh keluar bekerja atau urusan lain; dan
- E merujuk kepada individu yang tidak berkaitan dengan mana-mana kategori.
Ini menunjukkan bahawa kategori C dan D harus menunggu hasil ujian swab B. Jika B didapati positif, C akan menjadi B dan D akan menjadi C. Namun, jika B didapati negatif, B harus melakukan 14 hari kuarantin kendiri di rumah sementara C dan D bebas untuk meneruskan aktiviti seperti biasa.
Menurut KKM juga, kontak rapat bermaksud;
- Ahli keluarga atau kumpulan kecil yang tinggal serumah (tidur atau makan bersama) ;
- Bersemuka selama lebih dari 15 minit di ruang tertutup pada jarak kurang dari 1 meter;
- Tidak bersemuka tetapi tinggal bersama di bilik berhawa dingin dan tertutup selama lebih dari 2 jam; dan
- Menaiki kenderaan yang sama antara dua tempat duduk lebih dari 2 jam.
Kesedaran orang ramai mengenai maklumat penting ini sudah pasti akan memudahkan proses pengesanan kontak oleh KKM kerana sebilangan individu ternyata masih belum menyedari tentang hal ini.
Bagaimanapun, maklumat seperti ini tidaklah bermaksud untuk mencetuskan panik kepada orang ramai. Ianya hanyalah untuk memberi gambaran bagaimana kesedaran masyarakat mengenai pengesanan kontak adalah sangat penting untuk membendung penularan Covid-19.
Sesungguhnya, kita perlu tahu bahawa kita masih jauh dalam memenangi perang melawan Covid-19 pada ketika ini. Oleh itu, kekal selamat, patuhi SOP dan ayuh bekerjasama menentang wabak ini untuk kesihatan awam negara kita.
Farhan Kamarulzaman merupakan Pembantu Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.