Let’s help youth with suicidal tendencies live another day

Live another day and you may just find one beautiful thing that can lead to a beautiful future that you hoped for.

English

Published by New Straits Times, image from New Straits Times.

What if you were told that a majority of suicide victims are young people and for every 10 of them, six suffer from mental health issues? What if one of the six is your child?

Mental health issues are not solely mental illness, such as depression or suicidal ideation, and if not taken care of, they will develop into something serious.

Mental health is about mental wellbeing, emotional stability and how well that person copes with stress, overcomes difficulties and maintains social connections.

Mental health, in its own way, is similar to physical health.

Physically speaking, when people’s diet is full of calories and fat, and if they do not exercise, they may develop high-blood pressure or high-blood glucose.

The same applies to mental health, in which when people’s lives are full of stress and they do not haveaway to relieve the stress.

The National Health and Morbidity Survey said one in 10 young people has problems dealing with stress. However, some adults brush it off. Some are even worse, saying that youth are too weak and can’t take a punch.

This statement is unfair and ridiculous. The education system is daunting and puts a lot of pressure on students.

In an examination result-oriented era, the stress on them is unimaginable as they do not want to disappoint their parents.

In dealing with youth mental health, parents and teachers play the most important roles because they are the closest to youths.

It is a capitalists world, where parents don’t have time to talk to their children.

When children go to their parents for help, they should not be ignored and parents should always support their children.

As for teachers, they should spend five minutes listening to students, understanding their problems and guiding them.

However, as technology continues to advance, the Internet and social media platform have become the dominant factors in our lives and can impact the mental health of youth.

Malaysians generally are ignorant about mental health issues. What we can do is to listen and engage with youth. And if you are reading this and planning to commit suicide, please seek help.

Live another day and you may just find one beautiful thing that can lead to a beautiful future that you hoped for.

Amir Jalal and Chia Chu Hang are part of the research team at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh EMIR Research.

Majoriti mangsa bunuh diri datangnya daripada golongan belia, dan untuk setiap 10 daripada mereka, enam mengalami masalah kesihatan mental Bagaimana jika salah seorang daripada mereka merupakan ahli keluarga anda?

Isu kesihatan mental bukannya penyakit mental seperti kemurungan atau bisikan idea untuk bunuh diri. Namun, jika ia tidak dijaga dengan berhati-hati, ianya akan membarah.

Secara amnya, kesihatan mental berkait rapat dengan kesejahteraan mental, kestabilan emosi dan sejauhmana seseorang itu dapat menangani masalah tekanan, mengatasi masalah hidup dan mengekalkan hubungan social secara sihat.

Kesihatan mental, dalam satu aspek yang lain, sama seperti kesihatan fizikal. Fizikal secara lumrahnya, apabila pemakanan seseorang itu dipenuhi dengan kalori dan lemak, dan mereka tidak bersenam untuk “membakar” kalori dan lemak tersebut, kesihatan fizikal mereka boleh mengalami tekanan darah tinggi atau darah tinggi yang disebabkan oleh terlalu banyak gula (glucose) dalam badan.

Perkara yang sama berlaku dalam kesihatan mental juga, di mana kehidupan seseorang penuh dengan tekanan dan mereka tidak mempunyai cara untuk melepaskan tekanan tersebut.

Menurut Kajian Kesihatan Nasional dan Morbiditi (NHMS), satu daripada 10 remaja mempunyai masalah menangani tekanan. Namun, sesetengah orang dewasa memperkecilkan masalah remaja ini. Lebih buruk lagi, apabila mereka mengatakan bahawa golongan muda masa kini terlalu lemah dan tidak boleh menerima sedikit tekanan.

Kenyataan ini adalah tidak adil dan tidak masuk akal. Sistem pendidikan sekarang amat mencabar dan ianya antara penyebab yang memberi tekanan kepada pelajar.

Dalam era di mana masyarakat terlalu mementingkan keputusan peperiksaan, tekanan terhadap mereka tidak dapat dibayangkan kerana mereka tidak mahu mengecewakan ibu bapa mereka.

Dalam menangani kesihatan mental belia ini, ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan yang penting kerana mereka merupakan orang yang paling rapat dengan golongan muda.

Hari ini, kebanyakkan ibu bapa terpaksa keluar mencari nafkah, dan ibu bapa ini tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk berbual dengan anak-anak mereka tentang isu-isu yang mereka hadapi.

Namun, apabila anak-anak mereka meminta bantuan, mereka tidak patut diabaikan dan ibu bapa harus selalu menyokong anak-anak mereka.

Bagi guru-guru pula, kita dapat memahami kesibukan mereka tetapi alangkah baiknya kalau mereka boleh meluangkan lima minit untuk mendengar keluhan pelajar mereka, memahami masalah mereka dan membimbing mereka.

Dengan teknologi yang semakin maju, internet dan platform media sosial menjadi faktor utama dalam kehidupan kita dan ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental golongan belia.

Satu contoh mengenai bahaya yang boleh membawa maut ditularkan oleh internet dan media sosial – Pada Mei 2019, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dari Sarawak telah membunuh diri setelah 69% daripada pengikut akaun Instagramnya menyokong keputusan remaja tersebut untuk menamatkan kehidupannya. 

Teknologi boleh membantu mengelakkan peristiwa yang malang ini berulang. Salah satu teknologi yang mengagumkan adalah Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) kerana ia boleh digunakan untuk membuat sesuatu yang berbeza. 

Facebook menggunakan teknologi ini untuk menganalisa kandungan yang dipaparkan perkataan demi perkataan dan menyusunnya ke dalam beberapa kategori, dan kemudian berupaya mencadangan kandungan serupa kepada para penggunanya.

Itulah sebabnya apabila kita klik sesuatu video untuk menontonnya, video seterusnya selalunya akan mirip dengan video pertama yang kita tontoni dari segi kandungan.  

Persoalannya, kenapa tidak kita membuat perkara yang serupa dengan melatih AI membantu mengenal pasti siapa yang memerlukan bantuan? 

Mungkin ini adalah sesuatu yang agak sukar untuk dilaksanakan memandangkan sikap rakyat Malaysia terhadap kesihatan mental umpama katak di bawah tempurung.

Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah mendengar rintihan mereka, melibatkan diri dengan mereka kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Dan jika anda sedang membaca rencana ini dan merancang untuk membunuh diri, silalah dapatkan bantuan, tidak kira bantuan professional atau tidak, kerana anda mungkin tidak tahu, jika anda hidup di lain hari, sesuatu yang indah, yang tidak pernah anda gambarkan sebelum ini, akan berlaku dan mungkin dapat mengubah hidup anda seterusnya membawa anda kepada masa depan yang lebih indah dan ceria.

Amir Jalal dan Chia Chu Hang merupakan Pasukan Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article