Youth disillusionment, a top neglected risk that would become critical threat

Continuous youth disillusionment would challenge fragile national institutions or even destabilise political and economic systems altogether.

2036 0
2036 0
English

Published by Focus Malaysia & Business Today, image from Focus Malaysia.

ALTHOUGH the COVID-19 pandemic provides ample opportunities for Malaysian companies to move forward on the digitalisation agenda, Malaysian youths continuously remain one of the most vulnerable groups in securing a decent job and voicing out their concerns arising from the pandemic.

According to the World Economic Forum (WEF) Global Risks Perception Survey (GRPS) 2020, “youth disillusionment” is a top neglected risk that would become a critical threat to the world over the next two years.

Therefore, there is an increasing fear that a never-ending pandemic war, a dire economic outlook, an outdated education system, an entrenched climate crisis as well as domestic violence would lead more Malaysian youths to be demotivated in pursuing their life goals and eventually falling into mental illness.

This is especially prominent among current university students, aspiring university graduates and fresh graduates in Malaysia. Due to the travel restrictions and on-and-off lockdown measures, current university students are not able to enjoy campus life like the previous generations. They only could participate in virtual learning and study at home.

The continuous rise of the COVID-19 cases and the second wave of job retrenchment in Malaysia also provide bleak future among aspiring university graduates and fresh graduates.

The Ministry of Higher Education (MOHE) estimated 25% or 75,000 potential graduates will have their employment opportunities disrupted, six months after they graduated.

Since more financial allocation is needed to train new hires with no working experience, employers, in general, are not motivated to hire fresh graduates under the current climate.

As many of the politicians and civil servants do not foresee the importance of involving young people in policy decision-making processes, young people’s interests are frequently overlooked in Malaysia’s public policy sphere.

Therefore, the structural problems within Malaysia’s job market continue to be neglected. As Malaysia’s job market comprises mostly semi-skilled and low-skilled jobs, aspiring university graduates and fresh graduates would find challenging in securing a decent job with decent pay during this health crisis. They might have to accept low-paid and short-term jobs for the time being to cope with the continuous rise in living costs.

According to the Department of Statistics Malaysia’s (DOSM) Employment Statistics Third Quarter 2020, 62.3% are semi-skilled jobs while 13.3% are low-skilled jobs.

With the ongoing frustration on the flip-flopping policy responses by the current administration, more and more Malaysian youths became impatient and expressed anger via social media channels.

Also, many Malaysian youths started to feel relatively hopeless on the country’s progress due to ongoing political turmoil.

This is not a good sign for Malaysia as continuous youth disillusionment in the country would challenge fragile national institutions or even destabilise political and economic systems altogether.

As there are relatively lesser social interactions among current university students and aspiring graduates, the prolonged lockdown loneliness might result in higher rates of depression and anxiety.

In addition, the level of self-esteem among fresh graduates might be at its lowest point when they are still struggling to find a job during the pandemic.

Although Budget 2021 revealed that Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja), MySTEP (Short-term Employment Programme), apprenticeship programme and Technical and Vocational Education and Training (TVET) would provide opportunities for thousands of Malaysian youths to be hired or upgraded with the relevant skillsets, the recent Malaysian Economic and Rakyat Protection Assistance Package (Permai) did not take into full account the catastrophic economic consequences of the 2nd phase of the movement control order (MCO).

As Malaysia’s future rests on the shoulder of the nation’s youth, it is timely for the current administration not to leave vulnerable youths behind. To fully address youth disillusionment in Malaysia, EMIR Research has several policy recommendations for the Government to consider:

  1. The ministries of industrial development, rural development, tourism, cultural and environment, and agriculture and fisheries could organise a joint meeting and utilise natural resources advantage of the country to create more green jobs for the benefits of its youths. These ministries also could collaborate with industry players so that the skillsets among Malaysian youths would match the current industry needs;
  2. Ministry of Youth and Sports (MOYS) could partner with the private sector to develop virtual apprenticeship and internship programmes together where its youths would have the opportunity to acquire the right technical skillsets, but also acquire valuable practical experience and a better understanding on what industries require of them;
  3. The same ministry could also take a lead in organising youth dialogues with youth associations in Malaysia, enabling youth voices to be heard in all levels of Government, on company boards and in multilateral organisations. This, in turn, would foster an intergenerational transfer of experience, knowledge and skills, serve as a bridge-builder against societal functions and decrease youth frustration;
  4. Both Ministry of Education (MOE) and MOHE have to invest in education that teaches 21st-century skills including creativity and interpersonal connection for Malaysia to move towards a technology-driven and knowledge-intensive economy; and
  5. The Government has to work closely with mental health practitioners, schools and community groups – expanding mental health infrastructure to support Malaysian youths in managing the mental illness problem.

By advocating youth voices into the policymaking process, Malaysia would be able to address youth’s needs effectively and minimise the risk of a lost generation in the post-pandemic world.

Amanda Yeo is Research Analyst at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh Utusan Borneo.

Walaupun pandemik COVID-19 memberi banyak peluang kepada syarikat Malaysia untuk merealisasikan agenda digitalisasi, belia Malaysia terus menjadi salah satu golongan yang paling rentan dalam mencari pekerjaan yang lebih baik dan menyuarakan kebimbangan mereka dalam pandemik ini.

Menurut Kajian Persepsi Risiko Dunia 2020 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), ‘kekecewaan belia’ merupakan satu risiko tertinggi yang berupaya menjadi ancaman kritikal di seluruh dunia dalam dua tahun mendatang.

Justeru itu, terdapat kebimbangan perang pandemik yang kelihatan tiada kesudahannya, keadaan ekonomi yang semakin buruk, sistem pendidikan yang ketinggalan zaman, krisis iklim yang semakin mencengkam dan juga keganasan rumah tangga akhirnya akan menyebabkan lebih ramai belia Malaysia tidak terdorong untuk mencapai aspirasi kehidupan mereka dan mengakibatkan merekaterdedah dengan penyakit mental.

Larangan perjalanan dan peraturan kawalan pergerakan yang berterusan telah menyebabkan pelajar universiti sekarang tidak dapat menikmati kehidupan kampus seperti generasi terdahulu. Mereka hanya dapat mengambil bahagian dalam pembelajaran secara talian di rumah.

Lonjakan kes COVID-19 yang berterusan dan gelombang kedua pemberhentian kerja di Malaysia juga menimbulkan masa depan yang agak suram di kalangan bakal graduan dan siswazah baharu.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjangkakan sebanyak 25% atau 75,000 bakal siswazah akan menghadapi kegenjotan peluang pekerjaan, enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian.

Oleh kerana lebih banyak peruntukan kewangan diperlukan untuk melatih pekerja baru yang tiada pengalaman bekerja, majikan pada umumnya, tidak terdorong mengambil graduan baru, terutamanya dalam iklim semasa yang tidak menentu ini.

Peranan belia juga sering diabaikan dalam bidang dasar awam Malaysia kerana ramai ahli politik dan penjawat awam tidak menganggap begitu penting untuk melibatkan golongan belia dalam proses penyusunan dasar.

Oleh sebab itulah, masalah struktur dalam pasaran kerja Malaysia terus diabaikan. Mentelah lagi, pasaran kerja di Malaysia yang rata-rata terdiri daripada separuh mahir dan berkemahiran rendah akan menimbulkan masalah besar kepada bakal graduan universiti dan graduan baharu untuk mendapatkan perkejaan, lebih-lebih lagi dalam suasana krisis kesihatan ini.

Lantaran itu, mereka mungkin terpaksa menerima pekerjaan yang bergaji rendah dan berjangka pendek untuk sementara waktu ini bagi mengatasi kenaikan kos sara hidup yang berterusan.

Menurut Statistik Guna Tenaga Suku Tahun Ketiga 2020 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sebanyak 62.3% adalah pekerjaan separuh mahir sementara 13.3% adalah pekerjaan berkemahiran rendah.

Dengan kekecewaan yang berterusan sebagai reaksi terhadap dasar berubah-ubah oleh pentadbiran semasa, semakin banyak belia Malaysia hilang sabar dan meluahkan kemarahan melalui saluran media sosial.

Juga, ramai belia Malaysia telah mula putus harapan mengenai kemajuan negara akibat kemelut politik yang berlaku sekarang. Ini satu petanda yang tidak baik untuk Malaysia kerana kekecewaan belia yang berterusan akan mencabar institusi nasional yang rapuh atau bahkan boleh mengakibatkan ketidakstabilan sistem politik dan ekonomi sama sekali.

Memandangkan interaksi sosial yang semakin berkurangan antara para pelajar universiti dan bakal graduan akibat krisis kesihatan kini, kesunyian berpanjangan mungkin akan mengakibatkan kadar kemurungan dan kebimbangan yang lebih tinggi. Tahap harga diri di kalangan graduan baru juga mungkin akan berada pada paras terendah jika mereka masih bergelut dengan masalah mencari pekerjaan semasa pandemik ini.

Walaupun Belanjawan 2021 memperuntukkan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja), MySTEP (Permohonan Kerja Jangka Pendek), perantis industri dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) yang akan memberi peluang kepada ribuan belia Malaysia untuk mencari pekerjaan atau menaiktaraf dengan kemahiran yang berkaitan, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang dilancarkan baru-baru ini tidak mengambil kira sepenuhnya kesan ekonomi yang sangat negatif berikutan pelaksanaan fasa ke-2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Memandangkan masa depan Malaysia terletak di bahu belianya, sekarang adalah masa untuk kita tidak lagi mengabaikan golongan belia yang rentan. Untuk menangani kekecewaan belia di Malaysia dengan sepenuhnya, EMIR Research mempunyai beberapa cadangan dasar untuk dipertimbangkan.

Kementerian perdagangan antarabangsa dan industri, pembangunan luar bandar, pelancongan, seni dan budaya, serta pertanian dan perikanan mengadakan mesyuarat bersama dan merealisasikan kelebihan sumber semula jadi negara supaya dapat mewujudkan lebih banyak pekerjaan dalam sektor hijau untuk para belia.

Kementerian-kementerian itu juga dapat bekerjasama dengan industri berkaitan agar memastikan kemahiran belia Malaysia selaras dengan keperluan industri semasa.

Kementerian Belia dan Sukan (MOYS) dapat bekerjasama dengan sektor swasta untuk memperkenalkan perantis industri dan latihan industri (internship) secara talian bersama di mana para belia bukan sahaja berpeluang menguasai kemahiran teknikal yang sesuai, tetapi juga menerima pengalaman praktikal yang bernilai tinggi dan membolehkan mereka mendapat kefahaman yang baik mengenai apa yang diperlukan oleh industriindustri berkenaan.

Kementerian yang sama juga dapat melancarkan dialog belia bersama persatuan belia di Malaysia, membolehkan suara belia didengar di semua lapisan kerajaan, syarikat dan pertubuhan antarabangsa. Hal ini akan mendorong pertukaran pengalaman, pengetahuan dan kemahiran antara generasi, berfungsi sebagai pembangun jambatan terhadap fungsi masyarakat dan mengurangkan kekecewaan belia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan KPT haruslah merangka sistem pendidikan yang merangkumi kemahiran abad ke-21 termasuk kreativiti bagi Malaysia menuju ke arah ekonomi yang berorientasikan teknologi dan berasaskan pengetahuan.

Kerajaan juga haruslah mewujudkan kerjasama rapat dengan pengamal kesihatan mental, sekolah dan lapisan masyarakat demi memperluas infrastruktur kesihatan mental bagi menyokong belia Malaysia dalam menangani masalah penyakit mental.

Dengan mementingkan suara belia dalam proses penyusunan dasar, Malaysia dapat memenuhi keperluan belia secara berkesan dan meminimumkan risiko generasi yang hilang dalam dunia pasca pandemik.

Amanda Yeo merupakan Penganalisis Penyelidik di EMIR Research. Sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article