Behind closed doors: Domestic violence surges amid MCO

While there has always been domestic violence worldwide, the COVID-19 crisis has made it worse – a scary nightmare story that too many are afraid to tell.

1503 0
1503 0
English

Published by EMIR Research, image from The Star.

“Just stay at home to protect yourselves” – a consultative and straightforward message that we come across every single day amid the coronavirus pandemic. However, for some women out there, this message is anything but terrifying and chilling that creeps them up.

As people across the globe are staying indoors in response to COVID-19, the victims of domestic violence have suddenly found their safety at risk, as quarantine puts them in perpetual proximity to their abusive partners.

While there has always been domestic violence worldwide, the COVID-19 crisis has made it worse – a scary nightmare story that too many are afraid to tell.

Nowadays, most activities have been dramatically curtailed, including the illegal ones as people are confined to their homes to slow the spread of COVID-19. In Kuala Lumpur, official figures show that the crime rate in this city has declined by more than half as the police continues to ramp up action via roadblocks and inspections to ensure the public complies with the movement control order (MCO).

Yet shockingly, statistics revealed that while other crimes are plummeting, another crime rate has risen sharply since the start of the MCO, which is domestic violence or ‘intimate partner violence’.

Domestic violence is a classic “women’s issue”, reaching across national boundaries as well as socio-economic, cultural, racial and class distinctions. Although both women and men can be the victims and abusers, studies estimate that up to 97% of abusers are men with female partners.

The Women’s Aid Organisation’s (WAO) advocacy officer, Tan Heang-Lee shared that their statistics show a 14% increase in hotline calls and WhatsApp enquiries on domestic violence since the beginning of the MCO.

Meanwhile, according to The Women’s Centre for Change Penang (WCC), their telephone counselling data over the first four weeks of the MCO showed a clear increase in the number of domestic violence cases handled compared to previous months.

WCC also pointed out that “under the MCO, the risk of domestic violence increases greatly, not just in terms of the number of abusive incidents but also in their severity”.

In France, domestic violence increased by 36% since the Covid-19 crisis began, prompting the government to pay for victims to stay in hotels and setting up pop-up counselling centres in shopping areas.

While in Australia, its government has allocated A$153.49 million (RM435 million) for various support initiatives, as there is a 75% rise in Google searches for help with domestic violence in that country.

Domestic violence therapists believe that as people are forced to quarantine themselves at home, this situation has triggered the abusers with more tension and stress, which make them take their feelings out on their partners.

Surprisingly, this was what had happened if we look back at the 2008 economic crisis. Apart from pushing the world’s banking system towards the edge of collapse, there was also a huge spike in domestic violence as a consequence of the crisis.

Multiple studies found out that emotionally stressful events like losing jobs were one of the factors that had led to the spike in domestic violence at that time.

On a side note, do you know that hurting the victim physically is only one form of domestic violence?

Yes, it is. Domestic violence also includes any attempt to dominate and control the other in an intimate relationship or marriage.

As for the abusers, the main purpose of their violence is one and only: to gain power and total control over the victim. They use intimidating and hurtful words to wear the victim’s down and to keep the victims under their thumb.

While some abusive relationships can be seen from the start, it is also often starting subtly and gets worse over time. Without you realising, you might be the victim of domestic violence if you are in a relationship with someone who:

  • Prevents or discourages you from going to work or school or seeing family members or friends;
  • Calling or coming home unexpectedly to check up on you. This may initially start as what appears to be a loving gesture, but becomes a sign of jealousy or possessiveness; and
  • Tries to control how you spend money, where you go, what medicines you take or what you wear.

And during these unprecedented times, the abuser is using COVID-19 as a weapon to further control and abuse their victim. In New York, one caller reported being awakened from bed because she had a fever and was not feeling well.

Her abuser then threw her out of the front door – what a selfish act made by a human being.

As for now, the current crisis makes it tougher for victims to have time away from their abuser, as usually, victims can escape from this abusive world through work and families – but not for today as they are instructed to only stay at home.

This indeed has made this matter worse as the abuser and victim are forced to be together throughout the day, within their own four walls.

In light of these struggles, the victims need to know where help can be sought. If you or someone you know are the victims of domestic violence, please do not hesitate to reach out to any of the organisations below:

  • Talian Kasih hotline at 15999 or WhatsApp service at 019-2615999;
  • Women’s Aid Organisation hotline at 03-7956 3488 or WhatsApp service at 018-988 8058; and
  • All Women’s Action Society by emailing them at telenita@awam.org.my or tweet at @awammalaysia and Facebook message at @AWAMMalaysia.

You also may want to save all these contacts information under different names, to prevent your partner from discovering them. It is also very imperative for you to ensure that there is enough credit in your phone, so when anything comes up, you can just dial them straight away.

Nurafifah Mohammad Suhaimi is Research Assistant at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh EMIR Research.

“Duduk di rumah untuk melindungi diri anda” – satu pesanan ringkas saban hari kita dengar ketika ini, di saat berlakunya ancaman wabak koronavirus. Namun, bagi sebilangan wanita, mesej ini sangat menakutkan dan mengerikan membuat mereka resah dan tidak senang duduk di rumah.

Ketika penduduk dunia diarah duduk di rumah kerana wabak COVID-19, mangsa-mangsa keganasan rumah tangga berasa tidak selamat, memandangkan mereka berada dekat dengan pasangan mereka yang kasar dan bermasalah itu.

Walaupun keganasan rumah tangga bukanlah perkara baru, krisis COVID-19 menjadikan ianya lebih teruk – bagaikan satu mimpi ngeri yang membuat kebanyakan wanita enggan mendedahkannya.

Oleh kerana orang ramai diminta untuk kekal di rumah masing-masing bagi membendung penularan wabak COVID-19, kadar jenayah dilihat berkurangan. Di Kuala Lumpur, kadar jenayah menurun lebih dari separuh, hasil usaha pihak polis yang melakukan pemeriksaan dan sekatan jalan raya bagi memastikan orang ramai mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP).

Namun, sedang aktiviti-aktiviti jenayah ini berkurangan,  aktivti jenayah lain pula mendadak naik sejak PKP bermula, iaitu keganasan rumah tangga atau ‘keganasan pasangan intim’.

Keganasan rumah tangga adalah sebuah “isu wanita” yang klasik merentasi sempadan negara serta perbezaan sosio-ekonomi, budaya, kaum dan kelas. Walaupun kedua-dua wanita dan lelaki boleh menjadi mangsa dan pendera, kajian menganggarkan sehingga 97% pendera adalah lelaki dengan pasangan wanita.

Menurut pegawai advokasi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Tan Heang-Lee perangkaan menunjukkan peningkatan 14% dalam panggilan hotline dan pertanyaan WhatsApp mengenai keganasan rumah tangga semenjak PKP dilaksanakan.

Sementara itu, Pusat Perubahan Untuk Wanita di Pulau Pinang (WCC) pula menyatakan data dari khidmat bimbingan melalui talian telefon mereka selama empat minggu pertama PKP menunjukkan peningkatan yang jelas dalam jumlah kes keganasan rumah tangga, berbanding bulan-bulan sebelumnya.

WCC juga mendakwa “semasa PKP, risiko keganasan rumah tangga telah meningkat, bukan sahaja dari segi jumlah insiden yang berlaku tetapi juga tahap keparahannya”.

Di Perancis, keganasan rumah tangga meningkat sebanyak 36% sejak krisis Covid-19 bermula, mendorong pemerintah negara tersebut untuk menyediakan hotel bagi menempatkan mangsa serta mendirikan pusat kaunseling di pusat membeli-belah.

Di Australia pula, pemerintahnya memperuntukkan AUD$153.49 juta (RM435 juta) untuk pelbagai inisiatif sokongan kerana peningkatan mendadak 75% dalam carian Google di negara itu untuk mendapatkan bantuan keganasan rumah tangga.

Ahli terapi keganasan rumah tangga percaya kuarantin telah memberikan tekanan yang tinggi kepada pendera, lalu menjadikan pasangan mereka sebagai tempat  untuk melepaskan tekanan perasaan mereka.

Apa yang mengejutkan, inilah yang telah terjadi semasa krisis ekonomi 2008 yang menyebabkan keruntuhan sistem perbankan dunia juga menyaksikan kadar keganasan rumah tangga meningkat mendadak akibat krisis tersebut.

Beberapa kajian mendapati peristiwa yang menimbulkan tekanan emosi seperti kehilangan pekerjaan adalah salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya lonjakan keganasan rumah tangga pada masa itu.

Mencederakan mangsa secara fizikal bukanlah satu-satunya bentuk keganasan rumah tangga, malah ia sebenarnya merangkumi sebarang usaha untuk menguasai dan mengawal pasangan dalam hubungan intim atau perkahwinan.

Bagi pendera, tujuan utama mereka adalah untuk mendapatkan kuasa dan kawalan sepenuhnya terhadap mangsa mereka.  Mereka juga menggunakan kata-kata yang kesat dan kasar untuk merendah-rendahkan mangsa serta untuk menyakitkan hati mereka.

Walaupun ciri-ciri keganasan rumah tangga dapat dilihat sejak awal perkahwinan lagi, ia juga sering bermula secara perlahan-lahan dan halus, namun bertambah buruk dari masa ke masa. Tanpa anda sedari, anda mungkin menjadi mangsa keganasan rumah tangga jika anda menjalin hubungan dengan seseorang yang:

  • Mencegah atau menghalang anda pergi bekerja atau sekolah atau berjumpa dengan ahli keluarga atau rakan;
  • Menelefon atau pulang ke rumah secara tiba-tiba untuk memeriksa anda. Ini pada mulanya dilihat sebagai satu langkah yang romantis, namun berakhir sebagai tanda kecemburuan; dan
  • Cuba mengawal bagaimana anda membelanjakan wang, ke mana anda pergi, ubat apa yang anda ambil atau apa yang anda pakai.

Dan pada masa yang agak luar biasa kini, pendera keganasan rumah tangga telah menggunakan COVID-19 sebagai senjata untuk mengawal dan menganiaya mangsa mereka. Di New York, seorang pemanggil melaporkan beliau dikejutkan dari tempat tidur kerana beliau demam dan tidak sihat.

Suami beliau kemudian menghalaunya keluar dari rumah – satu tindakan kejam dan sangat mementingkan diri sendiri.

Buat masa kini, krisis wabak yang berlaku sekarang menjadikan mangsa keganasan rumah tangga lebih sukar untuk menjauhkan diri daripada pendera mereka. Kebiasaanya,  mangsa dapat melepaskan diri dari dunia gelap ini dengan keluar bekerja atau bertemu dengan keluarga – tetapi tidak untuk ketika ini memandangkan pelaksanaan PKP.

Ia menjadi bertambah buruk apabila pendera dan mangsa terpaksa tinggal di dalam sebuah rumah yang sama sepanjang hari.

Oleh itu, mangsa perlu tahu di mana mereka boleh dapatkan pertolongan. Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenal adalah mangsa keganasan rumah tangga, jangan ragu-ragu untuk menghubungi mana-mana pertubuhan di bawah ini:

  • Hubungi hotline Talian Kasih di 15999 atau khidmat WhatsApp di 019-2615999;
  • Hubungi hotline Pertubuhan Pertolongan Wanita di 03-7956 3488 atau khidmat WhatsApp di 018-988 8058; dan
  • Kirim e-mel kepada All Women’s Action Society di telenita@awam.org.my atau tweet di @awammalaysia dan mesej Facebook di @AWAMMalaysia.

Anda juga perlu menyimpan semua maklumat mengenai pertubuhan tersebut dengan nama yang berbeza bagi mengelakkan pasangan anda mengetahuinya. Anda juga perlu memastikan baki kredit telefon anda mencukupi, jadi jika ada sesuatu berlaku, anda boleh meminta pertolongan dengan segera.

Nurafifah Mohammad Suhaimi adalah Pembantu Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article