Long lines at pawnshops: Vivid reminder of more assistance needed for B40, even M40

Economists and analysts think that more measures are needed.

1112 0
1112 0
English

Published by Malay Mail, Malaysiakini, New Straits Times, The Sun Daily, Free Malaysia Today & The Malaysian Insight, image from Malay Mail.

The long lines outside pawnshops in the Klang Valley on the first day of the conditional movement control order (CMCO) on May 4 and a few days after that, which has been viralled on social media lately could well be a vivid reminder that more assistance is needed for the B40 and even the M40 households.

According to media reports, the crowd were there to reclaim their valuables, put up more items as collateral, pay the interest or extend the repayment period.

Economists and analysts think that the phenomenon is a reflection that more measures are needed to ensure that the effect from either loss of or reduced income is mitigated.

The situation is especially acute for the self-employed or those who rely on daily wages such as petty traders, hawkers, taxi drivers, cleaners, labourers and sub-contractors.

Not only that, inflation is now a major concern due to the MCO which has disrupted and fragmented the supply chain, resulting in shortages of certain goods and exacerbated by panic buying and personal stockpiling.

Externally, as a country which is heavily reliant on food imports, we are also vulnerable to the global supply and demand shocks as a result of similar containment measures.

As such, the MCO combined with similar trends in partial economic shutdown on a global level have caused prices of essential food items to spike. By late April, for example, the price of cabbage increased to RM6.50 which represents a whopping 62.5 per cent increase whereas the price of cucumber increased by 300 percent from RM1 to RM3.

In its findings from the second study on the economic impact of Covid-19 that was released in a press statement on March 24, the Malaysian Institute of Economic Research (Mier) reached the following projections:

  • Malaysia’s real GDP may shrink about 6.9 per cent relative to the 2020 baseline. This translates into a 2.9 per cent real GDP growth for 2020, relative to 2019.
  • The number of job losses (presumably mainly non salaried jobs) could be in the region of 2.4 million, 67 per cent of which are unskilled workers.
  • Household income is projected to fall by 12 per cent relative to the baseline, which amounts to RM95 billion.
  • Such a fall is manifested in a sharp decline in consumer spending by 11 per cent, despite the drop in general consumer price level by 4.4 per cent.

And on the same day as the Prihatin 1.0 stimulus package was announced was announced, a

Khazanah Research Institute’s (KRI) opinion piece, “The Impact of Covid-19 on the Urban Poor: Three Major Threats — Money, Food and Living Conditions” was published which highlighted a Bank Negara study which estimated the following:

  • A single adult living in Klang Valley needs to earn a minimum of RM2,700 a month to live adequately; and
  • Married couples with two children require around RM65,002 to similarly “survive.”

The KRI article also mentioned that data from the National Housing Department (JPN) showed that 65.8 percent of the breadwinner of households in the People’s Housing Projects (PPR) earn below RM2,000 on average.

And the average monthly income of households in PPRs remains bound to the range around RM2,000 in the more developed states. The figures are RM2,039.40 for Selangor and RM1,994.40 for the Federal Territory of Kuala Lumpur.

The analysts concluded that “these households are probably already struggling to make ends meet and the repercussions from the (Covid-19) outbreak will create a huge dent in their finances.”

Shrinking purchasing power, loss of employment, lower wages, rising poverty (as measured by the Poverty Line Income of which officially is at RM980 per month for the Peninsular, RM1,180 for Sabah and RM1,020 for Sarawak), higher cost of living and a safety net or welfare system on the back of limited fiscal capacity makes for grim reading of our socio-economic future.

On the long queues outside the pawnshops, Prof Denison Jayasooria of Universiti Kebangsaan Malaysia who is also prominent social activist sees this as a phenomenon of the “poor man’s bank.”

In view of this, the government should implement the following specific measures to help the people who rely on pawnshops to raise emergency cash:

  • The Ministry of Housing and Local Government — the ministry responsible for the licensing of pawnbrokers under the Moneylenders Act 1951 — should set up a one-stop centre to advise and guide borrowers to legitimate/legal pawnbrokers.
  • In the medium term, the government should legislate for a comprehensive consumer credit law to ensure a healthy market and enhance protection of borrower’s rights and interests.

To conclude, it is conceded that it is common here in Malaysia for people irrespective of ethnic backgrounds to go to pawnshops as source of borrowing. This is especially so when the respective festive seasons are around the corner.

Indeed, based on the conditional MCO/Covid-19 scenario, long queues outside pawnshops may well be a new normal — at least for some time.

Jason Loh Seong Wei is Head of Social, Law and Human Rights at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh EMIR Research.

Barisan panjang di luar kedai pajak gadai sekitar Lembah Klang di hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei lalu dan beberapa hari kemudian, yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini, memberikan peringatan jelas bantuan tambahan diperlukan bagi isi rumah B40, termasuk M40.

Menurut laporan media, orang ramai yang beratur di sana untuk menebus kembali barangan berharga mereka, meletakkan barangan berharga yang lain sebagai cagaran, membuat bayaran faedah ataupun memanjangkan lagi tempoh pembayaran.

Pakar ekonomi dan penganalisa berpendapat fenomena ini mencerminkan langkah tambahan diperlukan bagi mengatasi impak kehilangan sumber pendapatan atau gaji berkurangan.

Situasi ini amat terkesan terutamanya bagi mereka yang berkerja sendiri atau bergantung kepada upah harian seperti peniaga kecil, penjaja, pemandu teksi, tukang cuci, pekerja buruh dan sub-kontraktor.

Bukan sekadar itu, inflasi kini juga merupakan satu kebimbangan besar akibat PKP yang telah mengganggu dan memutuskan rantaian bekalan sekali gus menyebabkan kekurangan barangan tertentu dengan diburukkan oleh pembelian panik dan pembelian untuk menimbun barangan.

Secara dasarnya, sebagai negara yang sangat bergantung kepada import makanan, kita terdedah terhadap kejutan bekalan dan permintaan global akibat tindakan sekatan pergerakan tersebut.

Oleh itu, PKP serta tren penutupan sebahagian ekonomi pada peringkat global telah menyebabkan harga barangan makanan keperluan meningkat. Pada akhir April, misalnya, harga kubis meningkat kepada RM6.50 – kenaikan 62.5 peratus – dan harga timun meningkat 300 peratus dari RM1 menjadi RM3.

Dapatan kaji selidik kedua mengenai kesan ekonomi Covid-19 pada 24 Mac lalu oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Mier) mengemukakan unjuran berikut:

  • KDNK sebenar Malaysia mungkin menyusut sekitar 6.9 peratus berbanding garis asas 2020. Ini bermakna pertumbuhan KDNK sebenar pada kadar 2.9 peratus untuk 2020, berbanding 2019.
  • Jumlah kehilangan pekerjaan (terutamanya pekerjaan tidak bergaji tetap) mungkin berada di sekitar 2.4 juta, di mana 67 peratus daripadanya adalah pekerja tidak mahir.
  • Pendapatan isi rumah diramalkan turun 12 peratus berbanding garis asas, yang berjumlah RM95 bilion.
  • Penurunan seperti itu menunjukkan perbelanjaan pengguna turun mendadak sebanyak 11 peratus, walaupun takat harga umum pengguna hanya turun sebanyak 4.4 peratus.

Dan pada hari yang sama ketika pakej rangsangan Prihatin 1.0 diumumkan, satu artikel Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), “Kesan Covid-19 terhadap Miskin Bandar: Tiga Ancaman Utama – Wang, Makanan dan Keadaan Hidup” telah diterbitkan yang menganggarkan perkara berikut:

  • Seorang bujang dewasa yang tinggal di Lembah Klang perlu mencapai gaji minimum RM2,700 sebulan untuk hidup secukupnya; dan
  • Pasangan berkahwin dengan dua anak memerlukan sekitar RM65,002 untuk “kelangsungan hidup”.

Artikel KRI juga memetik data Jabatan Perumahan Negara (JPN) yang menunjukkan 65.8 peratus pencari nafkah untuk isi rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) memperolehi purata gaji bulanan di bawah RM2,000.

Pendapatan bulanan purata isi rumah di PPR dalam lingkungan RM2,000 di negeri-negeri yang lebih maju – RM2,039.40 untuk Selangor dan RM1,994.40 untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penganalisa menyimpulkan “isi rumah ini mungkin sedang bergelut untuk memenuhi keperluan mereka dan kesan dari wabak (Covid-19) akan melemahkan keadaan kewangan mereka.”

Pengurangan kuasa membeli, kehilangan pekerjaan, gaji yang lebih rendah, peningkatan kadar kemiskinan (seperti yang diukur oleh Garis Pendapatan Kemiskinan rasmi di mana RM980 sebulan untuk Semenanjung, RM1,180 untuk Sabah dan RM1,020 untuk Sarawak), kos sara hidup lebih tinggi dan jaringan keselamatan atau sistem kebajikan yang didukungi keupayaan fiskal terhad membuatkan ramalan masa depan sosio-ekonomi negara agak suram.

Mengenai barisan panjang di luar kedai pajak gadai, Prof Denison Jayasooria dari Universiti Kebangsaan Malaysia, yang juga aktivis sosial terkemuka pula melihat ini sebagai fenomena “bank untuk rakyat  miskin.”

Sehubungan itu, kerajaan harus menerapkan langkah-langkah khusus berikut untuk membantu mereka yang bergantung harap kepada kedai pajak gadai untuk memperolehi wang kecemasan:

  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – kementerian yang bertanggungjawab untuk pelesenan kedai pajak gadai di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 – harus menubuhkan pusat khidmat seranti untuk menasihati dan membimbing peminjam agar pergi kepada pemegang pajak gadai yang sah; dan
  • Untuk jangka sederhana, kerajaan digesa untuk menggubal undang-undang kredit pengguna yang lengkap bagi memupuk pasaran yang sihat serta meningkatkan perlindungan hak dan kepentingan peminjam.

Sebagai kesimpulan, memang tidak dapat dinafikan fenomena ini sudah menjadi kebiasaan di Malaysia bagi segelintir masyarakat tanpa mengira latar belakang etnik mengunjungi kedai pajak gadai sebagai sumber pinjaman. Ini berlaku terutamanya ketika musim perayaan sudah dekat.

Sememangnya, berdasarkan senario PKPB/Covid-19, barisan panjang di luar kedai pajak gadai mungkin akan menjadi norma baru – sekurang-kurangnya  untuk tempoh masa akan datang.

Jason Loh Seong Wei merupakan Ketua Bahagian Sosial, Perundangan dan Hak Asasi di EMIR Research, sebuah badan pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article