Art of ‘doing nothing’ solves the climate riddles

In protecting the environment, all of us should offer our full cooperation towards this objective.

1246 0
1246 0
English

Published by Malaysiakini, The Sun Daily & New Straits Times, image from Malaysiakini.

Given that most nations, including Malaysia, are still struggling to control the spread of the Covid-19 pandemic, our planet earth is gradually recovering unnoticed due to the halt in various economic activities.

Continuing to lament over this unprecedented global crisis, the world is now surviving peacefully without threats as we are required to stay at home and “do nothing” during the movement control order (MCO) which will enter its fourth phase this Wednesday (April 29).

This art of “doing nothing” may appear unbearable to us, but not so for the earth because it is experiencing a recovery process right now, as we do nothing.

The data from the Sentinel-5P satellite reveals that air pollution levels of nitrogen dioxide have decreased in Europe since the pandemic, while in Paris, the country has significant changes in air quality and reduced greenhouse gas emissions with 20 to 30 per cent cleaner air in the first days of national confinement.

As in Malaysia too while the MCO is still in progress, the number of metrology stations that reported “strong” air quality readings doubled from 28 to 57 percent.

Others claim that Covid-19 is a sign from God to step back and reflect about what we have done, what the consequences of our past misdeeds have been, and it is also clear that this catastrophe has made us realise that the universe is only temporary and that we have to be responsible for all the damages that have happened.

It is in this sense that while some disasters, like hurricanes, earthquakes, and tsunamis, tend to bring out the best in people by pulling folks together, pandemics tend to do the opposite.

It would seem the virus is holding up a mirror in front of us, forcing us to become aware of our own behaviour and its impact on the collective, that is, on our system as a whole. That mirror gently invites us to make a few personal sacrifices that benefit the whole – to shift our inner place from ego to eco.

The United Nations Development Program (UNDP) in Malaysia also offer us three meaningful lessons from this current situation which are flattening the climate curve, an opportunity for behavioural change and staying within planetary boundaries.

Long before Covid-19, the world has been facing the challenge of flattening the greenhouse gas emissions curve. The Intergovernmental Panel on Climate Change – the world’s leading body of climate experts – has warned that we have only 10 years left to keep global temperature rise to a maximum of 1.5 degrees Celcius, beyond which even half a degree will significantly worsen the risk of drought, floods, extreme heat and poverty for hundreds of millions of people.

At our current rate, global temperatures are on course to reach a temperature rise of at least three degrees Celcius by the end of the century, signalling an irreversible environmental catastrophe.

To keep global temperature increases to less than two degrees Celsius in this century, we must reduce carbon emissions as the world gets warmer by 0.2 degrees Celsius per decade.

As climate change is the greatest challenge we have ever faced, this moment should be embraced as a great opportunity to reinvent our society and economy as we want it, given the environmental effects of our current system.

Thus, the related authorities should take advantage of this to think and plan for a better system to protect the earth without jeopardising some economic activities.

The negative sides may be the rise in job losses, a drastic decrease in economic activity and the downfall of businesses, but that would make us aware that various economic practices were damaging our environment without considering it for the sake of wealth and power.

The Oslo Centre for International Climate and Environment Research has indicated that global emissions will begin to drop by 0.3 percent overall in 2020. This calls for economic stimulus measures that are centred on sectors with less impact on the climate.

As pollution and greenhouse gas emissions have fallen across the continents by lockdowns and restrictions to curb the Covid-19 spread, scientists have also projected that the carbon production will fall by about five percent in 2020.

But the reduction in emissions may be short-lived and would have a tiny effect on ambient carbon dioxide concentration levels without any structural changes.

Subsequently, emissions are likely to rebound as the economy recovers and the world should adopt more renewable energy, boost efficiency standards and step away from coal-based energy to encourage positive environmental impacts.

According to the International Energy Agency, to reach a carbon-neutral energy scenario, renewable energy should account for two-thirds of worldwide electricity supply by 2040.

Hence, the lessons learned once this pandemic is behind us will be very useful in rethinking the issue of various pollutions such as air pollution.

Perhaps one takeaway from this global lockdown is the need for a global shutdown of mammoth industrial complexes for one week annually as we celebrate Earth Day to give our earth a breather from greenhouse gas emissions. This one-week shutdown can also be used for repair and maintenance works.

More aggressive policies on climate change are needed by channelling substantial resources and reallocation of investments into energy conservation and renewable energy, as well as a rigorous strategy to remove half of global coal-fired power plant capacity.

It’s safe to say that no one would have wanted for emissions to be reduced this way via a Covid-19 pandemic which has taken on a bleak global toll on life, economy, education and mental health services.

And it is also expected that the economic stimulus measures will be leveraged to provide investment opportunities both in the emissions-reducing infrastructure and in renewable technologies.

Last but not least, this global crisis can have a huge effect on the climate, but it is important to note that not only will the government be taking the lead in protecting the environment, but all of us should offer our full cooperation towards this objective.

Farhan Kamarulzaman is Research Assistant at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh EMIR Research.

Kebanyakan negara termasuk Malaysia masih berjuang untuk mengawal penyebaran wabak COVID-19, namun pada masa yang sama, bumi kita sedang beransur pulih tanpa kita sedari disebabkan pelbagai kegiatan ekonomi terhenti.

Ketika kita sedang meratapi krisis global yang belum pernah terjadi sebelum ini, dunia hidup dengan aman tanpa ancaman pencemaran kerana kita diminta untuk tinggal di rumah dan “tidak melakukan apa-apa” semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), yang sedang memasuki fasa keempat pada 29 April.

Seni “tidak melakukan apa-apa” ini mungkin nampak rumit bagi kita, tetapi ianya tidak bagi bumi kerana ia sedang mengalami proses pemulihan disebabkan kita tidak melakukan apa-apa.

Data dari satelit Sentinel-5P menunjukkan bahawa tahap pencemaran udara nitrogen dioksida telah menurun di Eropah sejak wabak ini menular, sementara di Paris, negara ini mempunyai perubahan yang signifikan dalam kualiti udara dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau dengan 20 hingga 30 peratus udara lebih bersih pada hari pertama perintah berkurung dilaksanakan.

Di Malaysia, ketika PKP masih dalam dijalankan, jumlah stesen metrologi yang melaporkan pembacaan kualiti udara “tinggi” meningkat dua kali ganda daripada 28 kepada 57 peratus.

Ada yang mendakwa bahawa COVID-19 merupakan petanda dari Tuhan untuk kita mundur dan renung kembali tentang perkara yang telah kita lakukan, akibat daripada kesalahan masa lampau kita, dan juga jelas bahawa malapetaka ini telah membuat kita menyedari bahawa alam semesta hanya bersifat sementara dan kita harus bertanggungjawab atas semua kerosakan yang berlaku.

Dalam erti kata lain, walaupun terdapat beberapa bencana yang berlaku sebelum ini, seperti taufan, gempa bumi, dan tsunami, cenderung dalam menyatukan orang ramai untuk mengharunginya bersama, pandemik ini pula cenderung untuk melakukan hal yang sebaliknya.

Virus ini seolah-olah memegang cermin di hadapan kita, memaksa kita untuk menyedari tingkah laku kita sendiri dan kesannya secara kolektif. Cermin itu dengan lembut mengundang kita untuk membuat beberapa pengorbanan peribadi yang bermanfaat secara keseluruhan – untuk mengubah dalaman kita daripada ego kepada eko.

Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) di Malaysia juga memberi kita tiga pengajaran yang bermakna daripada situasi semasa iaitu meratakan lengkungan iklim, peluang untuk mengubah tingkah laku dan berada di dalam batasan bumi kita.

Sebelum wujudnya COVID-19, dunia telahpun menghadapi cabaran untuk meratakan lengkungan pelepasan gas rumah hijau. Panel Antara Kerajaan untuk Perubahan Iklim (IPCC) – badan pakar iklim terkemuka di dunia – telah memberi amaran bahawa kita hanya mempunyai 10 tahun lagi untuk memastikan kenaikan suhu global tidak melebihi 1.5oC maksimum, di mana setengah darjah akan menambah buruk risiko kemarau, banjir, panas terik dan kemiskinan bagi ratusan juta orang.

Dengan kadar suhu semasa, suhu global akan mencapai kenaikan suhu sekurang-kurangnya 3oC pada akhir abad ini, memberi isyarat tentang bencana alam sekitar yang tidak dapat dipulihkan.

Bagi memastikan suhu global meningkat kurang daripada 2oC pada abad ini, kita mesti mengurangkan pelepasan karbon kerana bumi semakin panas pada kadar 0.2oC setiap dekad.

Oleh kerana perubahan iklim merupakan cabaran terbesar yang pernah kita hadapi, sekarang masa yang sesuai untuk kita mengambil peluang dalam mencipta semula masyarakat dan ekonomi seperti yang kita mahukan sambil mengingati kesan persekitaran daripada sistem yang sedia ada.

Justeru, pihak berkuasa berkaitan haruslah memanfaatkannya untuk memikirkan dan merancang sistem yang lebih baik dalam melindungi bumi tanpa menjejaskan beberapa aktiviti ekonomi.

Kemungkinan kesan negatif daripada rancangan ini adalah pertambahan kadar kehilangan pekerjaan, penurunan aktiviti ekonomi secara drastik dan kejatuhan perniagaan, tetapi itu akan membuatkan kita menyedari bahawa terdapat pelbagai amalan ekonomi telah merosakkan persekitaran tanpa kita mempertimbangkannya demi kekayaan dan kekuasaan.

Pusat Penyelidikan Iklim dan Alam Sekitar Antarabangsa Oslo telah menunjukkan bahawa pelepasan pelbagai jenis pencemaran secara global akan mulai turun sebanyak 0.3 peratus secara keseluruhan pada tahun 2020. Ini memerlukan langkah-langkah rangsangan ekonomi yang berpusat kepada sektor-sektor yang kurang memberi kesan kepada iklim.

Oleh sebab pencemaran dan pelepasan gas rumah hijau telah menurun di seluruh benua kerana penutupan dan sekatan untuk mengekang penyebaran wabak COVID-19, para saintis juga telah menjangkakan bahawa pengeluaran karbon akan turun sekitar lima peratus pada tahun 2020.

Tetapi pengurangan pelepasan gas ini mungkin untuk jangka masa pendek dan akan memberikan kesan yang kecil pada tahap kepekatan karbon dioksida ambien tanpa sebarang perubahan struktur.

Seterusnya, pelepasan gas ini akan kembali menghantui ketika ekonomi pulih dan dunia harus menggunakan lebih banyak tenaga boleh diperbaharui, meningkatkan standard kecekapan dan menjauhkan diri daripada tenaga berasaskan arang batu untuk mendorong kesan positif terhadap alam sekitar.

Menurut Badan Tenaga Antarabangsa, untuk mencapai senario tenaga neutral karbon, tenaga boleh diperbaharui harus merangkumi dua pertiga bekalan elektrik di seluruh dunia menjelang 2040.

Oleh itu, pengajaran yang dapat dipelajari apabila wabak ini adalah memikirkan semula isu tentang pelbagai pencemaran seperti pencemaran udara.

Kemungkinan satu jalan keluar daripada penguncian global ini adalah perlunya penutupan global kompleks industri gergasi selama satu minggu setiap tahun ketika kita merayakan Hari Bumi untuk memberi nafas kepada bumi kita dari pelepasan gas rumah hijau. Penutupan selama satu minggu ini juga dapat digunakan untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan.

Polisi yang lebih agresif terhadap perubahan iklim diperlukan dengan menyalurkan sumber daya yang besar dan memperuntukkan semula pelaburan ke dalam penjimatan tenaga dan tenaga yang boleh diperbaharui, serta strategi yang tegas untuk melenyapkan separuh daripada kapasiti tenaga arang batu secara global.

Ianya selamat untuk mengatakan bahawa tiada seorang pun yang menginginkan pelepasan gas ini dikurangkan dengan cara sebegini melalui pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan kesuraman global terhadap kehidupan, ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan mental.

Dan juga diharapkan bahawa langkah-langkah rangsangan ekonomi akan dimanfaatkan untuk memberikan peluang pelaburan dalam infrastruktur pengurangan pelepasan pencemaran dan teknologi tenaga yang boleh diperbaharui.

Akhir sekali, krisis global ini boleh memberi kesan besar terhadap iklim, tetapi penting untuk diperhatikan bahawa bukan sahaja kerajaan yang perlu memimpin dalam melindungi alam sekitar, tetapi kita semua harus menawarkan kerjasama sepenuhnya untuk mencapai objektif ini.

Farhan Kamarulzaman merupakan Pembantu Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article