Worst is not over for Malaysia, brace for more

This is only the first quarter. Subsequent quarter is also projected to be poor on the back of the extended containment measures.

2113 0
2113 0
English

Published by Malay Mail & The Malaysian Insight, image from Malay Mail.

Better than what most economists expected, the Malaysian economy grew marginally at 0.7 percent year-on-year in the first quarter of 2020 (1Q20). However, this was a sharp deceleration from the 3.6 per cent expansion in 4Q19 and the slowest pace registered since the Global Financial Crisis (GFC).

On quarter-on-quarter basis, the economy declined by 2 per cent compared with a growth of 0.6 per cent in the preceding quarter.

As comparison within the Asean region, other economies appeared to be in the slowing trend too. Singapore’s advance Gross Domestic Product (GDP) dropped 2.2 per cent while Indonesia’s slowed to the weakest pace since 2001 at 3 per cent.

The outcome for Malaysia is certainly not surprising as the pandemic and the movement control order (MCO) beginning March 18 or now known as the conditional MCO (CMCO) have taken a toll on the economy, as noted by Bank Negara Malaysia (BNM) in its press statement.

Looking at the industry level, the sectors either recorded subdued expansion or contracted relatively to the previous quarter:

  1. Services — from 6.2 to 3.1 per cent;
  2. Manufacturing — from 3.0 to 1.5 per cent;
  3. Mining and quarrying — from -3.4 to -2.0 per cent;
  4. Construction — from 1.0 to -7.9 per cent; and
  5. Agriculture — from -5.7 to -8.7 per cent.

For expenditure components, the breakdown of GDP are as follows:

  1. Private consumption — from 8.1 to 6.7 per cent;
  2. Government consumption — from 1.3 to 5.0 per cent;
  3. Gross capital fixed formation – from -0.7 to -4.6 per cent;
  4. Exports — from -3.4 to -7.1 per cent; and
  5. Imports — from -2.4 to -2.5 per cent.

The restriction on most economic activities since the beginning of MCO has resulted in an economic loss worth RM2.4 billion per day, according to Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

To prevent further damage to the economy particularly businesses, government has decided to lift restrictions on most of the economic sectors beginning May 4 alongside the establishment of standard operating procedures (SOPs).

According to the premier, should the stricter MCO extends, the total loss would be close to RM100 billion.

Nonetheless, our economy is not out of the woods yet so long as the vaccine is absent and the CMCO is in force until June 9. Despite the ongoing distribution of RM260 billion stimulus package to the businesses and rakyat, many still feel the pain.

In 1Q20, the unemployment rate rose to 3.5 per cent (3.2 per cent in 4Q19), with a larger number of unemployed at 546,600. Those who are vulnerable in the job market were the ones in the age group of 15-30 years (6.9 per cent).

Headline inflation also fell sharply to 0.2 per cent year-on-year in March (1.3 per cent in February), mainly due to decreased transportation costs helped by low crude oil prices and less spending on clothing and footwear. For the whole first quarter, inflation was muted at 0.9 per cent.

Low inflation also complemented the slump in consumer sentiment index released by the Malaysian Institute of Economic Research (MIER) — from 82.3 in 4Q19 to 51.1 in 1Q20.

This is only the first quarter. Subsequently, second quarter is also projected to be gloomy given the extended containment measures.

Judging from the early indicator that is available for 2Q20, disruption in supply chains have badly impacted manufacturing activities with IHS Markit Purchasing Managers’ Index (PMI) slipping to 31.3 in April from 48.4 in March.

According to most manufacturing firms, the poorer performance at the start of second quarter was due to domestic implementation of movement restrictions as well as in the export markets to mitigate the virus spread. Some also stated that reduced output was affected by lack of manpower and low intakes of new work.

Earlier this month, BNM slashed the benchmark interest rate by another 50 basis points from 2.50 percent to 2.00 percent, matching GFC-lows. Cumulatively, the central bank has proceeded with 100 basis point cut this year.

Due to the severity of the pandemic and the uncertainty on economic outlook, more rate cuts are possible.

Although efforts to revive the economy have started to show, recovery process would vary across sectors which are domestic-oriented or external-oriented.

Malaysia being an open economy that relies on trade to support the economy, domestic recovery does not guarantee the well-being of external economies. This is on the back of pessimistic global condition – weak external demand, low oil prices and disruptions in businesses caused by lockdowns.

Unemployment is already expected to surpass government’s initial target of 4 per cent given the business closures during the MCO.

Society behaviour towards the current environment could also be the determinant of recovery speed. How we practise the new norms in terms of social distancing to prevent new wave of infections and how spending have changed throughout this trying time. These too would affect the economy going forward.

As noted by the officials, the economy would only begin experiencing recovery beginning second half of 2020 onwards but the materialisation would be dependent on the adequacy of government’s next agenda — Economic Recovery Plan.

Nur Sofea Hasmira Azahar is Research Analyst at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh Malaysia Gazette & Berita Harian.

Pada suku pertama tahun ini, ekonomi Malaysia berkembang lebih baik daripada jangkaan pakar ekonomi dengan pertumbuhan marginal 0.7 peratus. Tetapi, dalam pada masa yang sama, ia merupakan penurunan mendadak daripada 3.6 peratus dalam suku keempat tahun lepas dan kadar ini paling perlahan sejak Krisis Kewangan Global.

Berdasarkan perbandingan suku ke suku, ekonomi negara merosot dengan kadar 2 peratus berbanding pertumbuhan 0.6 peratus pada suku sebelumnya. Dibandingkan pula dengan negara ASEAN, ekonomi negara lain juga berada dalam tren yang perlahan. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura turun 2.2 peratus, manakala pertumbuhan KDNK Indonesia jatuh pada kadar 3 peratus, tahap paling lemah sejak 2001.

Ini tidak mengejutkan buat Malaysia kerana pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac atau kini dikenali sebagai PKP Bersyarat (PKPB), telah menjejaskan ekonomi negara, seperti yang dinyatakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataannya. Melihat di dalam sektor industri, beberapa sektor mencatatkan kadar pertumbuhan yang lemah dan merosot berbanding suku yang sebelumnya:

  1. Perkhidmatan – Dari 6.2% kepada 3.1%;
  2. Pembuatan – Dari 3.0% kepada 1.5%;
  3. Perlombongan dan penggalian – Dari -3.4% kepada -2.0%;
  4. Pembinaan – Dari 1.0% kepada -7.9%; dan
  5. Pertanian – Dari -5.7% kepada -8.7%.

Bagi komponen perbelanjaan, pecahan KDNK adalah seperti berikut:

  1. Penggunaan sektor swasta – Dari 8.1% kepada 6.7%;
  2. Penggunaan sektor kerajaan – Dari 1.3% kepada 5.0%;
  3. Pembentukan modal tetap kasar – Dari -0.7% kepada -4.6%;
  4. Eksport – Dari -3.4 % kepada -7.1%; dan
  5. Import – Dari -2.4% kepada -2.5%.

Sekatan ke atas pelbagai aktiviti ekonomi negara sejak bermulanya PKP telah menyebabkan kerugian berjumlah RM2.4 bilion dalam masa sehari, menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagi mengelakkan ekonomi daripada terjejas lebih teruk terutamanya perniagaan, kerajaan telah memutuskan untuk melonggarkan sekatan ke atas kebanyakan sektor ekonomi mulai 4 Mei dengan penetapan Garis Panduan (SOP) yang ketat.

Menurut Perdana Menteri, sekiranya yang dilanjutkan adalah PKP Diperketatkan (PKPD), jumlah kerugian boleh mencecah RM100 bilion. Namun, ekonomi negara masih belum lagi pulih selagi tiada vaksin dapat dihasilkan dan PKPB akan berkuatkuasa sehingga 9 Jun. Walaupun pengagihan pakej rangsangan berjumlah RM260 bilion kepada para peniaga dan rakyat masih berterusan, namun ramai yang merasakan kesakitannya.

Pada suku pertama tahun ini, kadar pengangguran meningkat kepada 3.5 peratus (3.2 peratus pada suku sebelumnya), dengan jumlah pengangguran yang lebih besar seramai 546,600 orang. Mereka yang terkesan dengan pasaran kerja adalah mereka yang berada dalam kumpulan umur 15-30 tahun (6.9 peratus).

Kadar inflasi juga jatuh mendadak kepada 2.9 peratus pada bulan April (-0.2 peratus pada bulan Mac) disebabkan oleh penurunan kos pengangkutan, ditambah pula dengan harga minyak yang rendah termasuk pengurangan perbelanjaan pakaian dan kasut. Untuk keseluruhan suku pertama, inflasi masih lemah pada kadar 0.9 peratus.

Inflasi yang rendah juga selaras dengan kemerosotan indeks sentimen pengguna yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) – 51.1 dalam suku pertama tahun ini (dari 82.3 dalam suku keempat tahun 2019). Ini hanya suku pertama. Suku kedua juga dijangkakan akan menjadi suram memandangkan sekatan pergerakan masih dilanjutkan. Berdasarkan petanda awal untuk suku kedua tahun ini, gangguan dalam rantaian bekalan telah memberi kesan teruk kepada aktiviti pembuatan dengan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) IHS Markit, jatuh kepada 31.3 pada bulan April daripada 48.4 pada bulan Mac.

Menurut kebanyakan firma pembuatan, prestasi buruk pada awal suku kedua disebabkan oleh pelaksanaan sekatan pergerakan domestik dan juga pasaran eksport, yang dilaksanakan untuk menangani penyebaran virus. Sebilangan juga menyatakan pengeluaran berkurang dipengaruhi oleh kekurangan tenaga kerja dan pengambilan kerja baru yang sedikit. Awal bulan ini BNM menurunkan kadar faedah penanda aras sebanyak 50 mata asas, dari 2.50 peratus kepada 2.00 peratus, sama seperti kadar ketika krisis kewangan global. Secara kumulatif, bank pusat telah melakukan pemotongan 100 mata asas pada tahun ini.

Disebabkan wabak yang membunuh ini dan ketidakpastian mengenai prospek ekonomi, terdapat kemungkinan bahawa kadar faedah ini mungkin boleh diturunkan lagi. Walaupun usaha untuk memulihkan ekonomi sudah bermula, proses pemulihan akan berbeza-beza di setiap sektor yang berorientasikan domestik atau luar negara. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, di mana Malaysia bergantung kepada perdagangan untuk menyokong ekonomi negara, pemulihan domestik tidak menjamin kesejahteraan ekonomi luar negara. Ini adalah hasil daripada keadaan global yang pesimis – permintaan luaran yang lemah, harga minyak yang rendah dan gangguan dalam perniagaan disebabkan oleh sekatan dan penutupan.

Pengangguran dijangka akan melebihi matlamat awal kerajaan di paras 4 peratus disebabkan penutupan perniagaan semasa PKP. Tingkah laku masyarakat terhadap persekitaran semasa juga boleh menjadi penentu kecepatan proses pemulihan. Bagaimana kita mengamalkan norma baru seperti penjarakan sosial untuk mengelakkan gelombang jangkitan yang baru dan bagaimana perbelanjaan telah berubah semasa waktu penuh dugaan ini juga bakal mempengaruhi ekonomi pada masa hadapan. Seperti yang dinyatakan oleh pihak kerajaan, pemulihan ekonomi hanya akan dapat dilihat mulai separuh masa kedua tahun ini, namun ia bergantung kepada agenda kerajaan yang seterusnya – Pelan Pemulihan Ekonomi.

Nur Sofea Hasmira Azahar merupakan Penganalisis Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang fokus kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article