The Verdict That Will Move The Needle(s)

The wheels of justice must not only work but be seen to work. Only then will the endemic culture of corruption in Malaysia, that has led to cabal...

1287 0
1287 0
English

Published in Sinar Daily, Malay Mail, Astro Awani ,Malaysiakini, The Malaysian Insight, The Star and theSundaily, MYsinchew, New Straits Times, and Asia News Today, image by Sinar Daily.

There are two forms of guilt. One in the court of law. The other in the court of public opinion. Granted the guilty verdict of former Prime Minister Dato Sri Najib Razak, over his SRC case, the Court of Final Appeals, the highest judiciary in Malaysia, what has been proven in two prior convictions between 2020-2021, has finally come to a close. Najib, who has been trying to defer his conviction since the day he lost the reins of office as the sixth Prime Minister of Malaysia on May 9, 2018, justice has finally been served.

That being said, “Desire, desires, desires.” To the degree Najib longs to return to power to liberate himself from the 12 year sentence and fines of RM210 million, on one case, with the other four pending, that is not counting the wife Datin Seri Rosmah Mansor, who would be facing the music next month, the fight to end corruption, a crime that can bring down the entire country, not unlike what was witnessed in Sri Lanka, the court of public opinion must know that those who are found guilty in dabbling in corruption,  will undoubtedly spend the remains of their ill-gotten wealth, to the tune of billions of US dollars, that have been sequestered away from the public eye, will continue to conduct a sustained campaign of stealth and public relations exercise to maintain their innocence.

This is why the scholarship of Professor Muhammad Kamal Hassan, who has written factually on corruption and hypocrisy, has hit the head on the proverbial blue eye. That those who are in the thick of corruption, in the case of grand larceny which is the gravity of Najib’s crime, will continue to claim to be a victim of some kind of political persecution. To the degree, there are Malaysians and non-Malaysians, who fall for the bait of the likes of Najib and those to follow, that they were not responsible for the crimes with which they have been charged with, than this long drawn out of court room drama would not have given Malaysia a clean slate to begin anew.

The wheels of justice must not only work but be seen to work. Only then will the endemic culture of corruption in Malaysia, that has led to cabal after cabal of special interest, cartel after cartel of special interest, that has penetrated the government and bureaucracy of the country since its independence from the clutches of colonial powers, first by the Portuguese, then by the Dutch, and finally by the British only to end with creation of Malaya in 1957, finally Malaysia in 1963, will restore the true meaning of freedom and independence. That all conscientious Malaysians will aspire to live up to the highest standards of a country based on the rule of law.

The fact that Najib was willing to take the oath (Sumpah Laknat), of all places in the mosque, just mere days before his guilty verdict was handed down, was a testament to the extent that he and his henchmen in and outside of UMNO were willing to go to abuse the tenet of Islamic laws. In Islamic jurisprudence there are no precedents where a person could take an oath to disclaim one’s guilt. This is why in Islamic Law, all due diligence must be performed to ensure that the person is not wrongly accused of “fitnah” or malicious libel.

In order to retain his family’s seat of power in Pahang, consequently, as the Member of Parliament of Pekan, Najib Razak has long begun to hone his son, to succeed him in the event he is stripped of all eligibility. This again is an attempt to retain his grip in the establishment, no matter how tenuous it can be, to potentially use his son’s potential position in the parliamentary system to make various tactical manoeuvres that can cleanse his guilt, and soon that of others who had been associated, to stay within an earshot of getting a Royal Pardon one day.

The Royal institutions of Malaysia are the “guardians” of the sanctity of Islam to say the least. Granted that Najib and UMNO are not beneath the odium of using God neither is he baleful enough to manipulate all levers of power to absolve himself. Thus the Royal institutions of Malaysia, including the army and police, not excluding the Islamic institutions that come under the chain of command of His Majesty YDPA and the respective nine Sultans in Malaysia, should be forewarned of the upcoming shenanigans of UMNO, the political party that he is associated with.

Therein comes again the importance of the court of public opinion both in Malaysia and without. No one, especially any permanent members of the United Nations Security Council, least of all the member states of the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), of the latter seeks to ensure the centrality of ASEAN in the East Asian Region, should be manipulated by Najib or his hired guns to disabuse anyone into believing that Najib is not as guilty as sin. One must bear in mind that Najib Razak indeed his wife Rosmah Mansor and others of the likes have been given the fullest leeway since the very days when cases after cases of breach of trust have been buried under, with some witnesses still at large, starting from Najib’s tenure as the Prime Minister of Malaysia in 2013.

As things stand, Najib Razak should not be spared of the derision that comes with a guilty verdict too. Corruption is indeed the cancer of the nation, a remark oft quoted by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, based on the observation of his former mentor Professor Syed Hussin Alatas of University of Malaya. If anything, all students and civil servants in Malaysia should be warned of the heinous crime of corruption and their grave consequences in this temporal world and the eternal hereafter. Corruption is not something to be fiddled with. They can consume the whole nation and the whole world. Malaysians who fought for reforms, especially the likes of Pakatan Harapan, has reason to rejoice. But a wounded animal is the most dangerous when he is cornered. Whether Najib and his collaborators will all be in Kajang Prison of Malaysia, the key is that the likes of them have tasted power for some 61 years prior to their fall. They will find a way to strike back in the years to come. 

The style of their politics will not favour reforms as advocated by Pakatan Harapan. Rather, they will adopt a heinous and adversarial style of politics and electioneering to defend themselves — even when they are clearly in break of all laws and moral decency.

For now this guilty verdict is just the tip of a very large iceberg that even Titanic ship will take shorter time to sink. This is just the beginning as the fight against corruption is a very long and arduous journey particularly when corruption has become a way of life here.

Dr Rais Hussin is President and CEO at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Malaysi

Diterbitkan oleh Malaysiakini.

Terdapat dua bentuk kesalahan: Pertama ialah di mahkamah undang-undang, dan yang kedua adalah kesalahan pada kaca mata dan persepsi di mahkamah pendapat umum. Akhirnya, bekas Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak, berhubung kes SRC, telah diberi keputusan tetap bersalah tentang apa yang telah dibuktikan dalam dua sabitan sebelum ini pada tahun 2020-2021, oleh badan kehakiman tertinggi di Malaysia iaitu Mahkamah Persekutuan Malaysia. Najib, yang cuba menangguhkan sabitannya sejak kehilangan tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam pada 9 Mei 2018, akhirnya menemui hukuman dan keadilan

Namun yang demikian, kekalnya lumrah “Keinginan, keinginan, keinginan.” Sejauh mana Najib ingin kembali berkuasa untuk membebaskan dirinya daripada hukuman penjara 12 tahun dan denda berjumlah RM210 juta (dalam satu kes dan empat yang lain yang masih belum selesai), ini belum lagi mengambil kira isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, yang akan menghadapi situasi yang sama bulan depan. Oleh itu, perjuangan untuk menghapuskan rasuah, iaitu jenayah yang boleh menjatuhkan seluruh negara seperti yang kita saksikan sebagai salah satu punca utama situasi di Sri Lanka, mahkamah pendapat umum mesti tahu bahawa mereka yang didapati bersalah terlibat dalam rasuah sudah pasti akan menghabiskan segala kekayaan yang mereka yang perolehi secara haram— berjumlah berbilion-bilion dolar yang telah diasingkan dari mata umum—akan terus menjalankan kempen secara halus dan terselindung bersama aktiviti perhubungan awam yang berterusan untuk mengekalkan imej mereka yang seolah-olah tidak bersalah.

Inilah sebabnya cendekiawan Profesor Mohd Kamal Hassan, yang menulis berdasarkan fakta tentang rasuah dan kemunafikkan, telah menerangkan dengan tepat punca situasi atau masalah yang dialami. Mereka yang terjebak secara mendalam dalam amalan rasuah—dalam kes rompakan besar-besaran yang merupakan sifat sebenar jenayah yang dilakukan Najib—akan terus mendakwa diri mereka sebagai mangsa penganiayaan politik. Setakat ini, ada rakyat Malaysia dan bukan warga Malaysia yang termakan umpan orang-orang seperti Najib (dan mereka yang bakal mengikutinya) bahawa mereka tidak bertanggungjawab atas dakwaan jenayah yang telah dijatuhkan kepada mereka. Jikalau itulah yang berlaku, maka “drama” mahkamah yang telah berlanjutan ini tidak akan memberi Malaysia peluang permulaan semula dan bergerak kehadapan.

Roda keadilan bukan sahaja mesti berfungsi tetapi perlu dilihat berfungsi. Barulah budaya rasuah yang endemik di Malaysia—yang membawa kepada persekongkolan dan kartel berkepentingan khusus secara berleluasa dengan cara menembusi kerajaan dan birokrasi negara sejak merdeka daripada cengkaman kuasa penjajah, pertama oleh Portugis, kemudian oleh Belanda, akhirnya oleh British dan kemudian penubuhan Tanah Melayu pada tahun 1957 dan akhirnya Malaysia pada tahun 1963—akan dapat diatasi untuk mengembalikan erti sebenar kebebasan dan kemerdekaan dimana semua rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran hati akan bercita-cita untuk memenuhi dan mencapai standard tertinggi sebuah negara berdasarkan kedaulatan undang-undang.

Kesanggupan Najib untuk mengangkat sumpah (“Sumpah Laknat”) di tempat yang suci seperti masjid hanya beberapa hari sebelum keputusan mahkahmah dijatuhkan adalah bukti bahawa dia dan konco-konconya di dalam dan di luar UMNO sanggup pergi jauh dalam penyalahgunaan pegangan syariat Islam. Dalam perundangan Islam tidak ada situasi dimana seseorang boleh bersumpah (apatah lagi Sumpah Laknat) untuk menafikan kesalahannya. Itulah sebabnya dalam Undang-undang Islam, semua usaha wajar dilakukan untuk memastikan orang itu tidak dituduh kerana fitnah niat jahat orang lain.

Demi mengekalkan kuasa keluarganya di Pahang, sebagai Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak telah lama mengasah anaknya untuk menggantikannya sekiranya dia dilucutkan segala kelayakan untuk kekal di arena politik. Ini adalah percubaan untuk mengekalkan cengkamannya dalam pentadbiran, tidak kiralah betapa lemahpun genggamannya, mungkin untuk menggunakan potensi kedudukan anaknya dalam sistem parlimen untuk membuat pelbagai gerakan taktikal yang boleh membersihkan kesalahannya (dan tidak lama lagi kesalahan orang lain yang telah telah dikaitkan dengannya), demi mengekalkan kewujudan peluang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja suatu hari nanti.

Institusi Diraja Malaysia adalah “pembela” kesucian Islam. Sememangnya Najib dan UMNO mungkin tidak sedikit pun segan “menggunakan” unsur agama dan Tuhan atau memanipulasi semua sumber kuasa untuk membebaskan dirinya. Oleh itu, institusi Diraja, termasuk tentera dan polis, institusi-institusi Islam yang berada di bawah rantaian perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia YDPA dan sembilan Sultan di Malaysia, harus diberi amaran terlebih dahulu tentang kemungkinan aktiviti atau gerakan muslihat UMNO yang akan datang, iaitu parti politik yang dikaitkan dengannya.

Di sini jelas kembali kepentingan mahkamah pendapat umum di Malaysia dan di luar negara. Tiada sesiapa, terutamanya mana-mana ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang paling kurang daripada semua negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), yang kedua-duanya berusaha untuk memastikan pemusatan ASEAN di rantau Asia Timur, harus dimanipulasi oleh Najib atau konco-konco dan orang-orang upahannya untuk untuk mempengaruhi (atau memaksa) sesiapa sahaja supaya mempercayai bahawa Najib tidak bersalah. Perlu diingat bahawa Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan mereka yang seumpamanya telah diberi kelonggaran sepenuhnya sejak kes-kes pecah amanah yang timbul ditutup cerita dan akhirnya dilupakan, dengan beberapa saksi dalam kes-kes ini masih bebas, bermula dari sejak tempoh Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 2013.

Berdasarkan situasi berkait kes ini, Najib Razak tidak harus terlepas daripada cemuhan yang datang dengan keputusan mahkamah. Rasuah sememangnya kanser negara—kenyataan yang sering dipetik oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdasarkan pemerhatian bekas mentornya Profesor Syed Hussin Alatas dari Universiti Malaya. Semua pelajar dan penjawat awam di Malaysia harus diberi amaran tentang jenayah najis rasuah yang kejam dan akibatnya yang besar di dunia dunia ini dan di akhirat yang kekal abadi. Rasuah bukanlah sesuatu yang boleh dipermain-mainkan. Ia boleh memusnahkan seluruh negara dan seluruh dunia. Rakyat Malaysia yang memperjuangkan pembaharuan, terutamanya Pakatan Harapan, mempunyai sebab untuk bergembira dengan keputusan mahkamah terhadap Najib. Namum, perlu kita sedar bahawa haiwan yang cedera, terumatanya yang terperangkap dan terdesak, adalah yang paling berbahaya. Sama ada Najib dan rakan-rakannya akan berada di Penjara Kajang, perlu diingatkan bahawa orang-orang seperti mereka telah merasai kuasa selama kira-kira 61 tahun sebelum dijatuhkan. Mereka akan mencari jalan untuk menyerang kembali pada tahun-tahun akan datang.

Gaya politik mereka tidak akan memihak kepada reformasi seperti yang dianjurkan dan diperjuangkan oleh Pakatan Harapan. Sebaliknya, mereka akan mengamalkan gaya politik yang keji, permusuhan dan perpecahan, serta pelbagai aktiviti memujuk orang ramai untuk mengundi mereka dan parti politik mereka secara terbuka dan secara halus untuk mempertahankan diri mereka sendiri—walaupun mereka jelas melanggar semua undang-undang dan kesopanan moral.

Buat masa ini keputusan mahkamah terhadap Najib, walaupun keputusan yang amat penting, hanyalah permulaan kecil apabila dibandingkan dengan tahap serius kanser korupsi, najis rasuah dan kemunafikkan yang teruk melanda negara ini. Ini hanyalah permulaan kerana usaha memerangi rasuah adalah perjalanan yang sangat panjang dan sukar terutamanya apabila rasuah telah menjadi cara hidup di sini.

Dr. Rais Hussin adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article