The reality after MCO and what’s next?

The new reality will not be "business as usual"

2189 0
2189 0
English

Published by Malay Mail, image from Malay Mail.

While many have been talking about how governments should go about in mitigating the twin crises caused by the global pandemic (Covid-19), leading to the announcements of stimulus packages, some have also started raising the need to address the measures that need to be taken during the post-lockdown period.

As you might have come across a statement by the Health Director-General Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, “Malaysians will now have to live with the new norms to safeguard themselves from Covid-19.” Remote is the new norm. The new style of living is not to shake hands, to constantly wash your hands and practise social distancing.

This means things will not be the same after the Movement Control Order (MCO) is lifted. It will be hard for us to return to business as usual after the crisis is over, as said by the prominent Malaysian economist Professor Jomo Kwame Sundaram.

Despite the possibility of people being health-cautious and might be hesitant to go to work due to the uncured virus, production still has to resume as the pandemic has hit the business world abruptly with business closures, stoppage of factory outputs, as well as the disruption to global supply chains.

Bank Negara Malaysia (BNM) has already projected private investments to slash GDP growth by 1.6 percentage points in 2020 compared with the positive contribution of 0.3 percentage points in 2019, depressed by weak demand and business sentiment.

According to the McKinsey Covid-19 report dated March 30, actions that should be taken by institutions following the health crisis are:

Resolve — address the immediate challenges

Resilience — address the near-term cash management challenges and broader resilience issues

Return — create a detailed plan to resume the businesses quickly

Re-imagination — Re-imagine the “next normal” and implications for how institutions should reinvent and

Reform — be clear about how the environment is in your industry

So, talking about life after the MCO brings us to the step in which we need to re-imagine the “next normal.” How would it look like and how should we adapt?

We could start by adopting measures undertaken by the Chinese firms, which have slowly resumed production after a two-month lockdown. One of them is for the industrial players to venture to other categories of business that boom during the pandemic period. One example that could be taken is healthcare.

Businesses that are bold enough can retool their production systems to manufacture the almost-scarce essentials to protect Malaysians against the invisible enemy (Covid-19) such as face masks, given Malaysia’s high dependency on imported face masks.

That way, Malaysia can mitigate the shortage of supply as there are only a few major manufacturers in the country and panic buying has caused limited supply.

Before the pandemic, there are more than 90 per cent of 3-ply face masks imported mainly from China due to its cheaper price, as well as from other Asian neighboring countries like South Korea, Taiwan, India and Thailand.

However, the pandemic has led to these countries imposing bans on the exports in a move to ensure adequate domestic supply. Although China has not imposed ban on exports of face masks, the country could reach its limit one day. This is totally understandable as everyone is trying to survive the “war-like” situation.

The shortage of supply should also be of concerns after pharmacists warn that government’s decision to reduce the ceiling price of 3-ply face mask from RM2 to RM1.50 amid this trying time, effective April 1 could lead to halt in production as margins will be squeezed.

Despite the fact that it would help reduce burden on the rakyat to purchase face masks, this could lead to supply-demand mismatch!

Although government has announced that 10 million surgical masks will be imported from China, priorities will be given to the frontliners, and then only the public.

Aside from that, the President of Federation of Private Medical Practitioners’ Associations Dr Steven KW Chow has also written in his open letter that the private sector has not been able to attain sufficient supply of face masks as the production from two major manufacturers are not meant to be sold and distributed to the private sector.

As face masks have become essentials during this critical time, there are a few actions that can be pursued by the government.

On the business front, government can provide sufficient subsidies to the face mask manufacturers. This is to be used by them to cover the costs resulting from high import duties and rising costs on raw materials.

One of the major manufacturers, Ideal Healthcare Sdn Bhd said that the cost to produce face masks had soared to more than 600 per cent.

Like Japan, the government decided to subsidise up to ¥30 million (RM1.2 million) for companies to invest in increased production of face masks. Hong Kong announced a subsidy package of HK$1.5 billion (RM0.8 billion) to deal with shortage of the protective gear.

From businesses, assistance should also flow through for the workers hired for the increase in production. As the world is changing, there needs to be a helping hand for the ease of mobilisation as workers could shift from the dying sectors to the booming sectors such as healthcare.

To do that, government’s aid such as training subsidies or grants can be given to the employers to retrain the existing and new workers via reskilling programmes.

These are some of the many responses that can be pursued to shift our economy and adapt to the new reality. As convenient as it is to rely on other countries to fulfill our needs, we need to level the playing field by building our own capacity.

Nur Sofea Hasmira Azahar is Research Analyst at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh EMIR Research.

Dalam pada ramai yang telah menyentuh tentang bagaimana kerajaan perlu menangani krisis berkembar kesihatan dan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang telah membawa kepada pengumuman pakej rangsangan, terdapat juga beberapa pendapat membangkitkan keperluan mengenai langkah-langkah yang pasca perintah kawalan pergerakan (PKP).

Seperti yang dikatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, “Rakyat Malaysia kini perlu menjalani kehidupan norma yang baru untuk melindungi diri mereka dari Covid-19.” Hubungan jarak jauh merupakan norma baru. Gaya hidup baru yang memaparkan tidak berjabat tangan, sentiasa membasuh tangan dan mengamalkan penjarakan sosial.

Ini bermakna keadaan selepas PKP tidak akan sama seperti dahulu. Ia akan menjadi sukar bagi kita untuk menjalani kehidupan seperti biasa selepas krisis ini berakhir, sebagaimana yang dikatakan oleh pakar ekonomi Profesor Jomo Kwame Sundaram.

Walaupun terdapat kemungkinan rakyat akan lebih berhati-hati mengenai soal kesihatan dan juga ragu-ragu untuk pergi bekerja disebabkan virus yang masih lagi tiada vaksin ini, kegiatan pembuatan masih perlu diteruskan kerana pandemik telah melanda dunia perniagaan secara tiba-tiba, dengan penutupan perniagaan, penghentian pembuatan kilang serta gangguan rantaian bekalan global.

Bank Negara Malaysia (BNM) memberi unjuran pelaburan swasta akan mengurangkan pertumbuhan KDNK sebanyak 1.6 mata peratusan bagi 2020, lebih rendah berbanding  sumbangan positif sebanyak 0.3 mata peratusan bagi 2019 disebabkan permintaan dan sentimen perniagaan yang lemah.

Menurut laporan McKinsey mengenai Covid-19, tindakan yang perlu diambil oleh semua institusi apabila berlakunya krisis kesihatan adalah seperti berikut:

  • Selesaikan: Tangani cabaran dengan serta-merta;
  • Ketahanan: Menangani cabaran pengurusan tunai jangka pendek dan isu-isu ketahanan dengan lebih meluas;
  • Kesinambungan: Membuat rancangan terperinci untuk meneruskan perniagaan dengan cepat;
  • Imaginasi semula: Membayangkan semula “kebiasaan yang seterusnya” dan implikasi ke atas bagaimana institusi kerajaan perlu dicipta semula; dan
  • Pembaharuan: Mempunyai pendirian jelas tentang persekitaran dalam industri anda.

Lantaran itu, bercakap mengenai kehidupan selepas PKP membawa kita kepada langkah di mana kita perlu berimaginasi tentang “kebiasaan yang seterusnya”. Bagaimanakah situasinya dan bagaimanakah kita harus menyesuaikan diri?

Kita boleh mengambil contoh langkah yang telah diambil oleh firma-firma di China, iaitu memulakan semula kegiatan pembuatan mereka secara perlahan selepas tempoh penguncian kota-kota selama dua bulan. Salah satu langkah ialah menceburi bidang niaga yang meningkat naik semasa pandemik seperti penjagaan kesihatan oleh para pengusaha industri.

Perniagaan yang cukup berani boleh mengubahsuai sistem pengeluaran mereka untuk menghasilkan produk yang semakin sukar didapati seperti topeng muka memandangkan kebergantungan Malaysia yang tinggi terhadap topeng muka yang diimport. Dengan cara tersebut, Malaysia dapat mengurangkan kekurangan dalam bekalan disebabkan jumlah pengeluar utama yang terhad dan pembelian panik telah menyebabkan bekalan ini juga menjadi terhad.

Sebelum pandemik, terdapat lebih daripada 90% topeng muka adalah kategori 3-lapisan yang diimport, terutamanya dari China kerana harganya murah, serta dari negara jiran Asia lain seperti Korea Selatan, Taiwan, India dan Thailand. Namun, wabak Covid-19 telah membawa kepada larangan eksport topeng muka oleh negara-negara berkenaan dalam usaha memastikan bekalan domestik mereka mencukupi. Walaupun China masih tidak mengenakan larangan eksport, ia boleh mencapai hadnya satu hari nanti. Ini benar-benar dapat difahami kerana semua negara sedang cuba untuk bertahan dalam situasi yang kritikal ini.

Bekalan topeng muka yang tidak mencukupi juga harus menjadi kebimbangan kerana ahli-ahli farmasi telah memberi amaran keputusan kerajaan mengurangkan harga siling topeng muka kategori 3-lapisan dari RM2.00 kepada RM1.50 pada waktu sukar ini boleh menyebabkan terhentinya pengeluaran kerana keuntungan akan berkurangan. Meskipun pengurangan harga dapat membantu mengurangkan beban rakyat untuk membeli topeng ini, ia juga boleh membawa kepada ketidakpadanan antara bekalan dan permintaan.

Walaupun kerajaan telah mengumumkan10 juta topeng pembedahan akan diimport dari China, keutamaan akan diberikan kepada barisan hadapan, kemudian baru orang ramai. Selain itu, Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta, Dr Steven KW Chow, telah menulis dalam surat terbukanya sektor swasta telah gagal mendapatkan bekalan topeng muka mencukupi kerana pengeluaran dari dua pengeluar utama bukan untuk dijual dan diedarkan kepada sektor swasta.

Dalam keadaan topeng muka telah menjadi bekalan penting pada masa kritikal ini, terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan.

Dari sudut perniagaan, kerajaan boleh memberikan subsidi yang mencukupi kepada pengeluar-pengeluar topeng muka. Ini boleh digunakan oleh untuk menampung kos yang tinggi disebabkan oleh cukai import tinggi dan kenaikan kos bahan mentah. Salah satu pengeluar utama, Ideal Healthcare Sdn Bhd berkata kos untuk menghasilkan topeng muka telah melonjak lebih 600%.

Seperti Jepun, kerajaannya telah memutuskan untuk memberi subsidi sebanyak ¥30 juta (RM1.2 juta) untuk syarikat-syarikat yang melabur dalam peningkatan pengeluaran topeng muka. Selain itu, Hong Kong telah mengumumkan pakej subsidi sebanyak HK$ 1.5 bilion (RM0.8 bilion) bagi menangani kekurangan pakaian pelindung.

Daripada perniagaan, bantuan juga perlu mengalir kepada para pekerja yang diupah untuk meningkatkan pengeluaran. Disebabkan dunia sedang berubah, perlu ada tangan yang membantu bagi memudahkan proses pergerakan pekerja yang beralih daripada sektor yang telah musnah kepada sektor yang berkembang pesat seperti penjagaan kesihatan. Untuk berbuat demikian, kerajaan boleh menyalurkan bantuan dalam bentuk subsidi kepada majikan untuk melatih semula pekerja yang sedia ada dan pekerja baru melalui program latihan semula.

Ini merupakan sebahagian daripada beberapa respons yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengalihkan ekonomi Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan realiti baru. Walaupun nampak lebih mudah untuk bergantung harap kepada negara lain bagi memenuhi keperluan kita, kita juga perlu meratakan padang permainan demi membina kapasiti kita sendiri.

Nur Sofea Hasmira Azahar merupakan Penganalisis Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang fokus kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article