D Day on March 2 in Semenyih

Umno and PAS, the time for racial and religious verbiage is over.

2181 0
2181 0
English

Published by Malay Mail & Malaysiakini, image from Malaysiakini.

With 68 per cent of the Malay constituencies in Semenyih, the by election on March 2, 2019, would be spun by Umno and PAS as the key to their strategic return to power by 2023 or earlier; as and when the 15th General Election is held.

Pakatan Harapan, which lost Cameron Highlands parliamentary by election, should be on its toes in every sense of the word.

To begin with, Pakatan Harapan has now “owned” the Federal government. Although it was Umno and Barisan Nasional, indeed, PAS, that broke Putrajaya completely, devoid of any political capital the ramparts of Barisan Nasional and PAS have nothing to lean on, except to subject Pakatan Harapan to this constant tirade that it has broken every single electoral promise.

This is false association and accusation, to say the least. Why? Hasn’t Pakatan Harapan put the kleptocrats in Malaysia either on the run, in hiding, or faced with the almost certain likelihood of a full conviction across the board one day?

This in itself was the major redemption of Pakatan Harapan, and a new Malaysia, without which the democratic transition of May 9, 2018, would not have happened to look into the sky rocketing debts of the country.

At US$250.6 billion (RM1.03 trillion) and counting, which is almost 80 per cent of the Gross National Product, yet with no certainty of how many government linked companies (GLCs) there are, many of which continue to rot from a worsening balance sheet, how can the old Malaysia be better than the one that is under Pakatan Harapan?

But there are three reasons why Malays have not been forsaken, and the identity politics with which Malays are closely identified with: Islam.

Wasn’t Barisan Nasional and Umno, with the support of PAS, that had Malaysia entwined with Goldman Sachs? Goldman Sachs, which is heavily influenced by the Israeli lobby of the United States, has tried to wash its hands off any financial indemnity to Malaysia by merely issuing an “apology.”

Umno, PAS, cannot be freed from their guilts

Umno and PAS cannot be freed from the guilt of association with Goldman Sachs and/or Israel. They worked with the likes of Jho Low, in turn, Hollywood, another entity heavily under the influence of Israeli interest, to white wash their own commercial misdeeds from 1MDB to many mini 1MDBs. Is this what Islam teaches? No. Islam has always insisted on truth and justice. Yet Umno and PAS have time and again skewered its central message.

Secondly, not only will Pakatan Harapan not be forsaking Islam, indeed, Pakatan Harapan is trying to make sure the entire economic and political ecology are sufficiently clean, consequently, to allow the pristine values of Islam to emerge.

Only when the universalism of Islam is permitted to don a key role will the statecraft of Malaysia be among the best in the world.

Take the economic crisis that hit Turkey between September and the end of last year, for instance.

It has withstood the trials and tribulations of a financial crisis precisely because President Recep Tayyip Erdogan has stood firm.

Tun Dr Mahathir Mohamad may not have been able to produce an instant economic miracle but then no one can when the Sino US trade relationship is spiralling downward out of control. Thus the key rests with maintaining stability.

Thirdly, whereas Pakatan Harapan has stopped digging Malaysia into a debt trap, PAS and Umno, even MCA, appear bent on the East Coast Railway Project, which costs a whopping RM100 billion and more. How can this make any sense?

Thus Semenyih must be seen for what it is: Decision Day of the Malaysian voters, predominantly Malays, to tell Umno and PAS that their politics of baiting the Rakyat with trinkets, tokenism and tonnes of racial and religious verbiage are over.

Let’s send a strong and clear signal that Semenyih is not pro Pakatan Harapan but pro new Malaysia in spite of the imperfections of the current coalition. Better a coalition that is clean than one that is constantly scheming with various shenanigans to come back into office, without anything to offer.

Dr. Rais Hussin is President & CEO of EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh Malaysiakini, gambar daripada Malaysiakini.

Dengan kira-kira 68 peratus pengundi Melayu di Semenyih, pilihan raya kecil (PRK) pada 2 Mac ini akan dimanfaatkan oleh Umno dan PAS sebagai kunci untuk mereka kembali berkuasa melalui PRU ke-15 pada 2023 – ataupun lebih awal.

PH yang tersungkur dalam PRK Cameron Highlands baru-baru ini wajar bermuhasabah dan kembali bangkit dengan penuh kewaspadaan untuk PRK Semenyih ini.

Sebagai mukadimah, PH kini merupakan kerajaan persekutuan. Meskipun BN dan Umno – dan PAS – menyebabkan Putrajaya berada dalam keadaan kontang tanpa sebarang modal pentadbiran, mereka secara berterusan menyalahkan PH dengan dakwaan gagal melunaskan janji manifestonya.

Ini merupakan tuduhan yang tidak berasas. Mengapa? Kerana bukankah PH telah menggerakkan segala usaha untuk menangkap dan membanteras sekalian penyamun yang merosakkan negara ini dan sebahagiannya bakal berdepan dengan pertuduhan jenayah dalam masa terdekat?

Usaha itu sahaja merupakan antara pencapaian PH dan Malaysia Baru. Tanpa perubahan demokratik berlaku pada 9 Mei 2018 tidak mungkin kerajaan baru dapat meneliti hutang negara yang sedang bertimbun.

Hutang negara berjumlah AS$250.6 bilion (RM1,025 bilion) dan sedang meningkat naik. Ia merupakan hampir 80 peratus daripada keluaran negara kasar.

Dengan ketidakpastian mengenai jumlah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sedang mereput hasil daripada lembaran imbangan yang semakin teruk, bagaimanakah Malaysia lama boleh jadi lebih baik melainkan ia diletakkan di bawah PH?

Tak boleh biar terlepas

Ada tiga sebab mengapa Melayu dan Islam tidak pernah diabaikan.

Pertama, bukankah BN dan Umno – dengan sokongan daripada PAS – yang menyebabkan Malaysia terjerut dengan Goldman Sachs?

Goldman Sachs pula – yang dipengaruhi oleh pelobi-pelobi Israel di AS – berusaha untuk mencuci tangannya daripada membayar sebarang pampasan kepada Malaysia sebaliknya sekadar “memohon maaf.”

Umno dan PAS tidak boleh dibiarkan terlepas daripada kesalahan terkait dengan Goldman Sach dan/atau Israel. Mereka bekerjasama dengan individu seperti Jho Low.

Begitu juga dengan Hollywood – satu lagi entiti yang begitu dipengaruhi oleh kepentingan Israel – yang mencuci segala salah laku dalam 1MDB dan 1MDB-1MDB mini lain.

Adakah ini yang diajarkan dalam Islam? Tentu saja tidak. Islam memerintahkan agar ditegakkan kebenaran dan keadilan. Namun Umno dan PAS sering memesongkan mesej asasi dalam Islam ini.

Kedua, bukan sahaja tidak sesekali akan mengabaikan ajaran Islam, sebaliknya PH sedang berusaha untuk memastikan segala hal ehwal ekonomi dan suasana politik diuruskan secara bersih dan dengan itu membenarkan nilai-nilai murni dalam Islam diterapkan.

Hanya apabila nilai kesejagatan Islam dibenarkan untuk memainkan peranan utamanya, Malaysia akan menjadi satu daripada negara terbaik di dunia.

Ambil contoh krisis ekonomi yang melanda Turki di antara September hingga akhir tahun lalu.

Turki ampuh mendepani cabaran dan rintangan krisis kewangan kerana presidennya, Recep Tayyip Erdogan, tetap berdiri teguh menghadapi situasi yang mencabar itu.

Masa memberitahu Umno

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mungkin tidak mampu menghasilkan keajaiban ekonomi untuk menyelamatkan Malaysia dalam sekelip mata, namun hakikatnya tiada seorang pun yang mampu saat hubungan dagangan China-AS ketika ini sedang dirundung malapetaka.

Dalam keadaan ini, kunci utamanya ialah mengekalkan kestabilan.

Ketiga, pada saat PH sedang menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke dalam perangkap hutang, PAS dan Umno – hatta MCA juga – menzahirkan hasrat mereka agar kerajaan meneruskan projek Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang akan menelan kos lebih RM100 bilion lagi.

Adakah tindakan sedemikian diterima akal?

Oleh itu, PRK Semenyih mesti dilihat sebagaimana ia sewajarnya dilihat, iaitu: sebagai satu hari untuk para pengundi – yang rata-rata berbangsa Melayu – memberitahu kepada Umno dan PAS bahawa permainan politik mereka sudah berakhir.

Pengundi Melayu tidak akan termakan dengan umpan berupa hadiah serta retorik agama serta perkauman seperti yang Umno dan PAS laungkan.

Mari bersama-sama menghantar isyarat yang jelas bahawa Semenyih bukanlah pro-PH, tetapi pro-Malaysia Baru meskipun pakatan yang memerintahnya tidak bersifat sempurna.

Namun pakatan yang bersih tetap jauh lebih baik berbanding pakatan yang berterusan melontarkan berbagai tuduhan dan menggunakan taktik jahat untuk kembali berkuasa, tanpa mempunyai apa-apa untuk ditawarkan.

Dr. Rais Hussin merupakan Presiden & CEO EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article