Study other countries’ approaches

This indicates that the system should be enhanced to cope with flash floods in Kuala Lumpur successfully, perhaps a good time for more unique and modern solutions to...

1594 0
1594 0
English

Published by New Straits Times & The Star, image from New Straits Times.

If we look at how the recent disaster has inundated Masjid Jamek with water, the existing system, especially the drainage system, designed to deal with the flash floods issue, did not seem to be very helpful.

This indicates that the system should be enhanced to cope with flash floods in Kuala Lumpur successfully, or perhaps a good time for more unique and modern solutions to kick in as a solid preparedness strategy.

According to the DBKL Department of Irrigation and Drainage Director-General Datuk Nor Hisham Mohd Ghazali, among the reasons for the unexpected floods were the existing drainage networks that could not accommodate large volumes of surface runoff.

He also said that better enforcement is required to ensure that the river flows before and after development at the same capacity, stressing that over-development was also the leading cause of the recent flash flood.

The frequency of flash floods has begun to increase since year 2000 and continues to bother the city dwellers with massive and rapid urban growth to this day. It has also shrunk the open spaces, passageways of water, reduced vegetative cover and increased the built-up areas.

A similar case is also seen in Thailand as its urban development continues unabated in Bangkok, sinking the city of more than 10 million people down by 2cm a year, and the sea at the Gulf of Thailand is rising by 4mm a year – above the global average.

However, our neighbour has managed to reduce the impact of water overflow (flood) through the 11-acre Centenary Park at Chulalongkorn University in the centre of the city via vast underground water containers along with a large pond that can accommodate one million gallons of water.

Not to say that our country’s efforts to mitigate the flood issue over the years were merely pointless, but it would be a great indication to our consciousness of how other countries have looked thoughtfully at the matter through their outstanding efforts to alleviate the issue.

Furthermore, we need to be more focused on dealing with the flash flood issue by improving our pragmatic approaches in the past few years to cope with the current urban development, along with considering constructive criticism from the experts as the way for improvisation.

The SMART tunnel that has functioned properly during previous flash floods is also not to be blamed as the level of efficiency and surveillance at construction sites needs to be increased to avoid the incidence of clogged drains due to sedimentation.

While in terms of technology, its primary use to solve the flash flood is mainly through flash floods forecasting that can currently be improved based on radar technology and modelling, data assimilation, and decision support systems.

The Netherlands, for example, has been using the flood mitigation technologies through crowd-sourced data while Spain, with its better weather forecast visualisation tools such as 3-D interactive displays and animations.

Undeniably, technology does entail colossal expenditure. If it is worthwhile to assist us effectively to alleviate the flash flood, then we should probably consider spending on it.

Our great effort to implement the technology through the early warning system in the mitigation of flash floods should also be further improved towards a better and more reliable warning system and technology.

At the same time, the rakyat should also play the significant role to our country’s flash flood mitigation in minimising or preventing rubbish dumping into the drainage system.

Farhan Kamarulzaman is Research Assistant at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh Utusan Borneo (Sarawak) & Utusan Malaysia.

Setiap kali berlakunya banjir kilat, hujah semula jadi bagi kebanyakan orang terutamanya golongan yang tidak terjejas pasti melihatnya sebagai tragedi yang tidak dapat dielakkan datang dari Tuhan dan meminta kita supaya menerima takdir Tuhan seadanya.

Akan tetapi, apa yang sebenarnya menjadi inti perkara ini adalah bahawa hujan lebat adalah takdir Tuhan, tidak kira sama ada banjir kilat ataupun bukan, ia tidak dapat dielakkan tetapi dapat dicegah.

Sebaliknya, kita harus bersedia untuk penyelesaian jangka panjang yang realistik untuk mengurangkan masalah banjir kilat.

Kita yang harus dipersalahkan atas bencana itu – tindakan kita yang tidak wajar dan kegagalan sistem buatan manusia merupakan penyebab banjir kilat di Kuala Lumpur baru-baru ini dan kita tidak seharusnya menyalahkan kejadian hujan lebat oleh Tuhan sebagai satu-satunya penyebab kejadian.

Malah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional mengatakan bahawa hujan lebat yang melanda kota Kuala Lumpur bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Secara jujurnya, ia sebenarnya masalah sungai yang melampaui batas dan berpotensi melimpah serta longkang-longkang yang mengalir melebihi kemampuannya, atau pembangunan yang mungkin tidak dapat dikawal.

Di samping itu, kita harus berwaspada terhadap kemungkinan besar banjir kilat akan melanda lagi kerana hujan monsun dijangka turun di sebahagian besar pantai timur Semenanjung dan diramalkan akan berlanjutan sehingga Februari 2021.

Seperti yang diperhatikan, beberapa faktor yang menyebabkan banjir kilat di Kuala Lumpur baru-baru ini mudah diramal dan tetap serupa seperti sebelumnya.

Walaupun telah wujud pelbagai langkah untuk mencegah banjir kilat, namun kita masih belum bersiap sedia sepenuhnya karena langkahlangkah tersebut sama ada tidak berkesan atau mungkin pihak berkuasa berkaitan telah memandang remeh terhadap isu untuk mengurangkan kesan dan mencegahnya.

Oleh itu, sudah tiba masanya pihak berkuasa yang bertanggungjawab terutamanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melakukan analisis mendalam untuk memberikan penyelesaian yang berkesan terhadap sistem pengairan dan tebatan banjir pada masa hadapan.

Selain itu, kerjasama yang baik dari semua pihak juga penting dalam membantu mereka mengatasi banjir kilat di Kuala Lumpur, ditambah pula dengan inisiatif yang seharusnya wujud sebelum kejadian dan bukannya selepas kejadian.

Akademi Sains Malaysia telah memberikan ringkasan mengenai dua senario banjir kilat di negara kita; salah satunya adalah banjir kilat fluvial yang terjadi apabila curah hujan yang berlebihan dalam jangka masa yang panjang menyebabkan sungai melebihi kapasitinya.

Manakala yang lain adalah banjir kilat yang berkaitan dengan saliran yang agak mirip dengan banjir kilat fluvial tetapi tercetus oleh limpahan pengairan.

Jika kita meneliti bagaimana bencana baru-baru ini telah menenggelamkan Masjid Jamek, sistem yang sedia ada, terutamanya sistem perparitan yang dirancang untuk menangani masalah banjir kilat tampaknya tidaklah begitu bermanfaat.

Ini menunjukkan bahawa sistem ini harus dipertingkatkan untuk mengatasi banjir kilat di Kuala Lumpur dengan jayanya, atau mungkin saat yang tepat untuk penyelesaian yang lebih unik dan moden untuk digunakan sebagai strategi kesiapan yang mantap.

Menurut Ketua Pengarah JPS Datuk Nor Hisham

Mohd Ghazali, antara sebab berlakunya banjir yang tidak dijangka ini adalah rangkaian saliran sedia ada yang tidak dapat menampung isipadu besar larian air permukaan.

Beliau juga berkata bahawa penguatkuasaan yang lebih baik diperlukan untuk memastikan sungai mengalir dengan kapasiti yang sama sebelum dan sesudah pembangunan, yang menekankan bahawa pembangunan yang berlebihan juga merupakan punca utama banjir kilat baru-baru ini.

Kekerapan banjir kilat telah mulai meningkat sejak tahun 2000 dan terus mengganggu penduduk bandar dengan pertumbuhan bandar yang pesat sehingga ke hari ini. Ia juga telah mengecilkan ruang terbuka, jalan masuk air, mengurangi penutup vegetatif dan meningkatkan kawasan pembinaan.

Kes yang serupa juga dilihat di Thailand apabila pembangunan bandar yang berlanjutan di Bangkok telah menenggelamkan bandar yang melebihi 10 juta orang itu sebanyak 2cm setahun manakala laut di Teluk Thailand pula naik sebanyak 4mm setahun, melebihi purata global.

Bagaimanapun, negara ini telah berjaya mengurangkan kesan limpahan air melalui Taman Centenary seluas 11 ekar di Universiti Chulalongkorn di tengah kota melalui bekas air bawah tanah yang luas bersama dengan kolam besar yang dapat menampung satu juta gelen air.

Ianya tidak bermaksud bahawa usaha negara kita untuk mengatasi masalah banjir selama ini tidak ada gunanya, tetapi ia akan menjadi petunjuk yang baik untuk kesedaran kita tentang bagaimana negara-negara lain telah melihat masalah ini dengan teliti melalui usaha mereka yang luar biasa untuk mengurangkan masalah ini.

Lebih-lebih lagi, kita perlu lebih fokus dalam menangani masalah ini dengan memperbaiki pendekatan pragmatik kita dalam beberapa tahun lepas untuk mengatasi pembangunan bandar semasa dengan mempertimbangkan kritikan yang membina dari para pakar sebagai jalan improvisasi.

Terowong SMART yang telah berfungsi dengan baik semasa banjir kilat sebelum ini juga tidak boleh dipersalahkan kerana tahap kecekapan dan pengawasan di tapak pembinaan perlu dipertingkatkan untuk mengelakkan kejadian saluran air tersumbat akibat pemendapan.

Jika dari segi teknologi, penggunaan utamanya untuk menyelesaikan banjir kilat adalah melalui ramalan banjir kilat yang dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa berdasarkan teknologi radar dan pemodelan, asimilasi data, dan sistem sokongan keputusan.

Belanda, misalnya, telah menggunakan teknologi tebatan banjir melalui data bersumberkan orang ramai, sementara Sepanyol menggunakan alat visualisasi ramalan cuaca yang lebih baik seperti paparan dan animasi interaktif 3D.

Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi memerlukan perbelanjaan yang besar. Sekiranya ianya bermanfaat untuk membantu kita dalam mengurangkan banjir kilat dengan berkesan, maka kita mungkin harus mempertimbangkannya.

Usaha bagus kita untuk menerapkan teknologi melalui sistem amaran awal dalam mengurangi banjir kilat juga harus diperbaiki lebih jauh ke arah sistem dan teknologi amaran awal yang lebih baik dan boleh dipercayai.

Bagaimanapun, rakyat juga perlu memainkan peranan penting dalam menangani banjir kilat negara kita dengan mengurangkan atau mungkin mencegah pembuangan sampah ke dalam sistem saliran.

Farhan Kamarulzaman merupakan Pembantu Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article